NATIONAL
Wanita maut selepas hantar anak ke sekolah, motosikal bertembung kereta dipandu guru

Keadaan motosikal mangsa dan kereta Myvi dipandu guru wanita terbabit kemalangan maut di Jalan Melaka- Muar pada pagi Isnin. Gambar kecil: Noor Faradhillah
JASIN: Seorang wanita maut selepas menghantar anaknya ke sekolah apabila motosikal yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Melaka- Muar, berhampiran Kolej Komuniti Jasin, Merlimau di sini pada pagi Isnin.
Ringkasan AI
- Seorang wanita maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Melaka-Muar.
- Siasatan awal mendapati mangsa keluar simpang menuju ke jalan utama dan kereta Perodua Myvi tidak sempat mengelak.
- Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan orang ramai diminta tampil membantu siasatan.
Menurutnya, namun dalam masa sama sebuah kereta Perodua Myvi dipandu guru wanita berusia 34 tahun dari arah Sungai Rambai menuju Merlimau tidak sempat mengelak.
"Ketika itu motosikal mangsa pada kedudukan yang terlalu dekat lalu berlaku pelanggaran di bahagian kanan motosikal mangsa.
"Impaknya mangsa terjatuh dan cedera di badan serta kaki dan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh petugas kesihatan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.
Tambahnya, mayat mangsa kemudian di bawa ke Unit Perubatan Forensik Hospital Jasin untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ujarnya, orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan melalui pegawai penyiasat Inspektor Marwan Shafiq Mohd Latfi di talian 011-11127533.
"Maklumat juga boleh disalurkan kepada kaunter aduan trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin di talian 06-529 2222 sambungan 260,” ujarnya lagi. -Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami