awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pencalonan Oscars 2026: Lima aktor bersaing bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik
Selepas menanti 24 jam, emas 100m T12 kekal milik Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita maut, suami cedera dalam kemalangan di Tanjung Malim

Bernama
Bernama
20/10/2025
14:00 MYT
Wanita maut, suami cedera dalam kemalangan di Tanjung Malim
Mangsa Nur Syuhada Mohd Yusoff, yang duduk di bahagian penumpang hadapan, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala suaminya hanya mengalami kecederaan ringan. - Gambar IPD Muallim/media sosial
IPOH: Sebuah kereta dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar tembok pembahagi jalan dan memasuki laluan bertentangan, mengakibatkan seorang wanita maut dalam kejadian di Kilometer 96 Jalan Persekutuan Ipoh-Kuala Lumpur, dekat Tanjung Malim, hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Muallim, DSP Suhaimi Muhamad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 3 petang.
Menurutnya, mangsa Nur Syuhada Mohd Yusoff, 32, yang duduk di bahagian penumpang hadapan, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala suaminya berusia 34 tahun hanya mengalami kecederaan ringan.
"Siasatan awal mendapati kereta jenis Toyota Vios dipandu suami mangsa dalam perjalanan dari Ipoh menuju ke Kuala Lumpur sebelum hilang kawalan, terbabas dan merempuh tembok pembahagi jalan hingga masuk ke laluan bertentangan," katanya dalam kenyataan, malam ini.
Suhaimi berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Slim River untuk proses bedah siasat, manakala suaminya turut menerima rawatan lanjut di hospital sama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#meninggal dunia
#bedah siasat
#laluan bertentangan
#hilang kawalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami