awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PLUS–RELA ganding bahu lancarkan trafik musim perayaan
AI.com milik rakyat Malaysia dijual AS$70 juta: Ini 5 perkara menarik!
Pelan induk dan pelan tindakan pelaburan JS-SEZ dilancar 30 Mac ini di Johor Bahru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita melecur bertengkar dengan kekasih meninggal dunia

Sinar Harian
Sinar Harian
05/03/2024
11:18 MYT
Wanita melecur bertengkar dengan kekasih meninggal dunia
Dalam kejadian 28 Februari lalu, sepasang kekasih ditemukan melecur teruk keseluruhan badan dalam kebakaran melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza dan motosikal jenis Honda C70. -Gambar fail/JBPM
IPOH: Wanita yang melecur 70 peratus dalam kebakaran dua kenderaan selepas terlibat dalam pertengkaran dengan kekasihnya di Taman Utama, Bercham di sini, minggu lalu, meninggal dunia.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, mangsa berusia 57 tahun itu disahkan meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini jam 9.48 malam pada Isnin.
Menurutnya, dalam kejadian itu, wanita terbabit bersama pasangan lelakinya berusia 64 tahun mengalami kesan lecur dan dalam keadaan tidak sedarkan diri dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.
"Lelaki terbabit meninggal dunia sehari selepas kejadian dan maklumat terbaru, wanita yang terlibat dalam kejadian itu turut disahkan meninggal dunia semalam (Isnin).
"Semua pihak diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi ruang kepada polis melakukan siasatan secara menyeluruh," katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.
Dalam kejadian 28 Februari lalu, sepasang kekasih ditemukan melecur teruk keseluruhan badan dalam kebakaran melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza dan motosikal jenis Honda C70.
Polis mengklasifikasikan kes tersebut di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh apabila seorang saksi terdengar pertengkaran antara kedua-dua mangsa sebelum kejadian.
Mengulas lanjut, Yahaya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu tampil membantu siasatan.
"Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai penyiasat kes, Asisten Superintenden Fadli Ahmad di talian 019-2500019," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kebakaran dua kenderaan
#pertengkaran dengan kekasih
#Taman Utama
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan