awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita mengandung enam bulan maut langgar anjing

Sinar Harian
Sinar Harian
24/08/2023
08:25 MYT
Wanita mengandung enam bulan maut langgar anjing
Mangsa yang berusia 35 tahun itu disahkan meninggal dunia jam 2.10 pagi ketika menerima rawatan di Hospital Tampin. - Gambar/ Sinar Harian
TAMPIN: Wanita mengandung enam bulan maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar seekor anjing di Jalan Keru- Batu Belang, di sini pada Khamis.
Mangsa yang berusia 35 tahun itu disahkan meninggal dunia jam 2.10 pagi ketika menerima rawatan di Hospital Tampin.
Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Anuwal Ab Wahab berkata, kejadian jam 12.05 tengah malam itu berlaku ketika mangsa sedang menunggang motosikal jenis Modenas Dinamik seorang diri.
"Siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari kedai makan di Jalan Tampin - Gemas ke rumahnya di Kampung Keru Hulu,Tampin.
"Namun sebaik sampai di lokasi, mangsa telah melanggar seekor anjing menyebabkannya hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan lalu terjatuh," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Menurutnya, akibat kemalangan itu, mangsa cedera parah dan dihantar ke Hospital Tampin untuk rawatan lanjut, namun disahkan meninggal dunia selepas dua jam kejadian.
Sehubungan itu, katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan.
"Boleh tampil ke Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Tampin atau menghubungi Balai Polis Trafik IPD Tampin di talian 06-4412502 atau Bilik Gerakan IPD Tampin di talian 06 - 4431999 bagi membantu siasatan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih diteruskan," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#langgar anjing
#kemalangan jalan raya
#anjing liar
#wanita maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan