awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita meninggal dunia ketika mendaki bukit Bohey Dulang

Ridzal Abdullah
Ridzal Abdullah
05/11/2021
02:57 MYT
Wanita meninggal dunia ketika mendaki bukit Bohey Dulang
Selepas pemeriksaan lanjut dijalankan, mangsa disahkan meninggal dunia oleh doktor bertugas yang merawatnya. - Gambar fail
SEMPORNA: Aktiviti riadah seorang wanita bersama rakan mendaki bukit di Pulau Bohey Dulang di sini semalam, berakhir tragedi apabila mangsa disahkan meninggal dunia akibat sesak nafas.
Dalam kejadian jam 10.13 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Rozlina Sharina Rosedi, 40 tahun, dikatakan mengalami sakit dada dan sesak nafas sebelum tidak sedarkan diri.
Ketua Polis Daerah Semporna Superitendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, kejadian disedari kakitangan Taman-Taman Sabah (TTS) yang terus memberi bantuan kecemasan.
Katanya, mangsa dihantar ke Unit Kecemasan Hospital Semporna untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Bagaimanapun, selepas pemeriksaan lanjut dijalankan, mangsa disahkan meninggal dunia oleh doktor bertugas yang merawat mangsa.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tawau untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian,” katanya dalam kenyataan qang dikeluarkan hari ini.
Mohd Farhan berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).
Katanya, mangsa adalah seorang penjawat awam yang berasal dari Kuala Lumpur.
Topic Berkaitan
#Bohey Dulang
#mendaki
#sakit dada
#sesak nafas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan