MALAYSIA
Wanita OKU ditahan disyaki tendang, pijak muka kanak-kanak

Ssuspek ditahan 10.58 malam tadi dan siasatan awal mendapati suspek adalah pemegang kad orang kurang upaya (OKU) dipercayai mengalami masalah kesihatan mental. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Polis menahan seorang wanita tempatan berusia 30 tahun disyaki mencederakan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dalam kejadian di sebuah kedai runcit di kawasan perumahan Sri Palma Villa, Mantin, Nilai semalam.
Ringkasan AI
- Seorang wanita tempatan berusia 30 tahun ditahan polis kerana disyaki mencederakan dan mengugut seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun di sebuah kedai runcit di Sri Palma Villa, Mantin, Nilai.
- Suspek didakwa menendang dan memijak mangsa serta mengeluarkan ugutan bunuh; kejadian dirakam CCTV dan disaksikan oleh pelanggan lain di premis tersebut.
- Suspek yang merupakan pemegang kad OKU dipercayai mengalami halusinasi semasa kejadian; kes disiasat di bawah Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
"Suspek juga didakwa mengeluarkan ugutan bunuh terhadap mangsa. Kejadian itu turut dirakam menerusi sistem kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan dan disaksikan oleh seorang pelanggan yang berada di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Abdul Malik berkata susulan itu suspek ditahan 10.58 malam tadi dan siasatan awal mendapati suspek adalah pemegang kad orang kurang upaya (OKU) dipercayai mengalami masalah kesihatan mental.
Beliau berkata suspek didakwa berada dalam keadaan halusinasi semasa kejadian dan mengesyaki mangsa telah mencuri barangan di premis itu, walaupun tiada bukti menunjukkan sedemikian.
"Mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban dan didapati mengalami bengkak pada bahagian hidung serta lebam di beberapa bahagian kaki," katanya.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami