awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPKT keluarkan peringatan akhir susulan penguatkuasaan perintah khidmat masyarakat
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Batik ecoprint hasil karya anak didik Cikgu Hadi curi tumpuan di Festival Kraf Johor 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita OKU ditemukan lemas di Taiping

Bernama
Bernama
03/05/2021
20:51 MYT
Wanita OKU ditemukan lemas di Taiping
Mangsa ditemukan lemas pada pukul 9 malam semasa operasi mencari di lokasi mangsa dipercayai terjatuh. - Gambar hiasan
IPOH: Seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU) ditemukan lemas selepas terjatuh dari tebing sungai di halaman belakang rumahnya di Kampung Tepi Sungai, Kuala Sepetang dekat Taiping, pada Isnin.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping Rafeel Hairul Richard berkata mangsa dikenal pasti sebagai Beh Su Mei, 34, dan ditemukan lemas pada pukul 9 malam semasa operasi mencari di lokasi mangsa dipercayai terjatuh.
Katanya pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada kira-kira 7 malam tadi sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian melakukan operasi mencari dan menyelamat secara 'surface searching' merangkumi 50 meter dari lokasi mangsa dipercayai jatuh.
"Semasa kejadian, mangsa dipercayai berada di belakang rumahnya yang berhampiran dengan sungai berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, malam tadi.
Rafeel berkata mayat mangsa kemudian diiserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Wanita OKU
#lemas
#Taiping
#Kampung Tepi Sungai
#Kuala Sepetang
#belakang rumah
#jatuh dari tebing sungai
#Rafeel Hairul Richard
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan