LIPIS: Seorang wanita Orang Asli maut akibat dipijak gajah liar di Kampung Simoi Baru, Pos Betau dekat Kuala Lipis awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, mangsa, Wak Angkat Yok Tong, 39, mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superitendan Azli Mohd Noor berkata, pihaknya menerima maklumat pada jam 4.40 pagi berhubung kematian seorang wanita di kampung tersebut dipercayai diserang sekumpulan gajah.
Menurutnya, mangsa tidak sempat melarikan diri lalu dipijak haiwan liar berkenaan.
Jelasnya, kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa bersama lapan ahli keluarga lain sedang tidur di dalam rumah kayu berdindingkan buluh kelilingi pokok pisang berhampiran kebun getah.
"Akibatnya, sekumpulan gajah menarik dinding dan menyebabkan rumah bergoyang.
" Kesemua sembilan ahli keluarga tersebut tersedar dan masing-masing melarikan diri dalam keadaan gelap.
"Selepas berkumpul semula ahli keluarga baru sedari mangsa tiada. Mereka kemudiannya bertindak mencari dan menjumpai mayat mangsa di dalam kawasan pokok pisang berhampiran rumah mereka," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Polis Sungai Koyan bergegas ke tempat kejadian dan mendapati mangsa telah meninggal dunia akibat dipijak oleh gajah.
Menurutnya, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Lipis untuk bedah siasat.
Norfarhiza Mohd Atar
Tue Dec 06 2022

Mayat wanita Orang Asli yang maut selepas dipijak gajah pada Selasa. - Foto ihsan PDRM

Cancelo, City terlerai kasih
City mengumumkan Joao Cancelo bakal dipinjamkan kepada Bayern Munich dengan harga 61.5 juta pound (RM322 juta).

Niaga AWANI: Kuasa beli belia masih rendah, taruh harapan pada Bajet 2023
Niaga AWANI membincangkan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara, serta analisis bersama pakar dan dibawakan oleh Nina Rozman, Nabila Khaleeda.

DPTN 2.0 | Dasar Pendidikan Tahfiz Negara akan dilancar 11 Mac ini
Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) 2.0 akan dilancarkan pada 11 Mac ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Judi Haram | 905 individu ditahan, rampasan wang tunai lebih RM500,000
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 905 individu disyaki terlibat judi haram dengan rampasan wang tunai dianggarkan lebih RM500,000.

NTD: WHO gesa pelaburan tangani jangkitan penyakit tropika terabai
NTD merupakan keadaan penyakit yang ditemui terutamanya di kawasan tropika, termasuk denggi, kusta, dan rabies.

Mangsa banjir di Sabah dan Johor meningkat, Pahang kekal
Di Johor, Batu Pahat masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 879 orang, diikuti Mersing (823), Kota Tinggi (344) dan Segamat (92).

Niaga AWANI: Kuasa beli belia masih rendah, taruh harapan pada Bajet 2023
Niaga AWANI membincangkan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara, serta analisis bersama pakar dan dibawakan oleh Nina Rozman, Nabila Khaleeda.

Korban serangan masjid Pakistan meningkat kepada 59, lebih 157 cedera parah
Siasatan kejadian setakat ini bagaimanapun tidak menjelaskan bagaimana pengebom itu boleh menyelinap ke dalam kawasan kawalan tinggi yang menempatkan ibu pejabat polis itu.

Amaran hujan berterusan di Sarawak, Johor dan Pahang hingga esok
Hujan berterusan tahap waspada turut diramal berlaku di Kudat, Sabah, hari ini.

Niaga AWANI: Jiwa SME | Digitalisasi dalam perniagaan baiki telefon bimbit
Bermula dengan membaiki telefon bimbit dari rumah namun sehinggalah berjaya memiliki kedai membaiki telefon pintarnya sendiri. Berkongsi kisahnya, Mohd Shahir Abdul Majid, 32 tahun dari Bandar Perda Bukit Mertajam berkata, dia memulakan khidmat membaiki telefon pintar di rumah pada 2015 bagi menampung kos sara hidup.

Unit Udara Bomba bantu wanita Orang Asli hamil ke hospital
Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan penerbangan pemindahan perubatan (Medevac) membawa seorang wanita hamil yang mengalami komplikasi dari Kampung Orang Asli Peroh.

Unit Udara Bomba hantar 25 tan bekalan makanan kepada Orang Asli
Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) hari ini menamatkan penugasan penghantaran 25 tan bekalan makanan ke 13 perkampungan dan Pos Orang Asli yang bermula Jumaat lepas.

Banjir Johor: Lebih 2,000 pekerja ladang, Orang Asli 'terputus hubungan'
Lebih 2,000 pekerja ladang dan penduduk di perkampungan Orang Asli di Kahang, dekat sini, 'terputus hubungan' akibat jalan penghubung ke kawasan berkenaan ditenggelami air akibat banjir, hari ini.

Bomba hantar 25 tan bekalan makanan kepada Orang Asli
Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) meneruskan misi menghantar 25 tan bekalan makanan ke enam pos Orang Asli di Gua Musang bermula semalam.

Beruang kutub baham dua beranak di Alaska
Beruang kutub tersebut ditembak hingga mati ketika ia menyerang kedua-dua mangsa.

Kelantan salur bekalan makanan kepada Orang Asli terjejas monsun
11 kenderaan pacuan empat roda dan sebuah lori Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) digerakkan untuk menghantar bekalan makanan.

Medevac bantu lelaki Orang Asli pengsan ke hospital
Rizal Aga, dari suku kaum Temiar, mengalami demam panas sehingga menyebabkan badannya lemah serta tidak bermaya dan menggigil.

MCMC tangani isu capaian internet Orang Asli di Pos Bihai dan Pos Balar
Isu gangguan perkhidmatan telekomunikasi di Pos Balar, berpunca daripada gangguan bekalan elektrik akibat generator pada menara telekomunikasi telah kehabisan minyak diesel.

Tiga Pos Orang Asli di Gua Musang bimbang ancaman gajah liar sejak minggu lepas
Lebih 2,000 penduduk penempatan masyarakat Orang Asli di Pos Belatim, Pos Bihai dan Pos Gob berdepan detik cemas apabila penempatan mereka diancam haiwan liar itu sejak minggu lepas.

Isu pampasan tanah Orang Asli Seletar selama satu dekad selesai
Pertikaian isu tanah yang berlarutan selama satu dekad diselesaikan hari ini.