awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita perlu peka, fahami teknologi AI - Nancy

Bernama
Bernama
10/05/2025
08:22 MYT
Wanita perlu peka, fahami teknologi AI - Nancy
Nancy berucap pada Majlis Pelancaran Program Pemerkasaan Wanita 2025 peringkat Parlimen Santubong di Yayasan Sarawak, Petra Jaya, hari ini. - Foto Bernama
KUCHING: Golongan wanita perlu peka dan faham mengenai perkembangan teknologi terbaharu seperti kecerdasan buatan (AI).

Ringkasan AI
  • Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, menekankan kepentingan kesedaran terhadap kecerdasan buatan (AI) kerana ia bukan sahaja membawa pembaharuan tetapi juga berisiko disalahgunakan untuk jenayah.
  • Beliau mengingatkan bahawa ramai usahawan wanita kini terdedah kepada penipuan dalam talian yang menggunakan teknologi AI, dan menyeru supaya kesedaran digital ditingkatkan bagi membolehkan mereka lebih bijak dalam menilai risiko.
  • Nancy menggalakkan wanita untuk berani mencuba peluang perniagaan dan memahami risiko pelaburan, dengan menekankan bahawa ilmu serta rangkaian yang baik boleh membawa kejayaan jangka panjang.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata pemahaman itu penting kerana teknologi seperti AI yang membawa pembaharuan juga boleh disalahgunakan untuk tujuan tidak baik seperti jenayah.
"Dalam dunia hari ini, wanita juga perlu peka terhadap cabaran baharu seperti penggunaan teknologi AI dan risiko penipuan dalam talian.
"Ramai usahawan wanita kini terdedah kepada penipu bijak yang memperdaya menggunakan teknologi ini. Oleh itu, kita perlu tingkatkan kesedaran digital supaya kita bukan sahaja celik teknologi tetapi juga bijak menilai risiko," katanya semasa berucap pada program Pemerkasaan Wanita Parlimen Santubong di sini hari ini.
Sementara itu, Nancy turut menasihatkan golongan wanita agar berani mencuba serta bijak menilai risiko dalam perniagaan.
"Tidak semua pelaburan membawa keuntungan serta-merta, tetapi jika disertai dengan ilmu dan rangkaian yang betul, ia boleh membuka pintu kejayaan jangka panjang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#golongan wanita
#Nancy Shukri
#Teknologi kecerdasan buatan
#AI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami