KUALA LUMPUR: Wanita PKR telah mengenal pasti sembilan kerusi Parlimen untuk ditandinginya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan datang dalam usaha merealisasikan sasaran 20 Ahli Parlimen daripada sayap itu selepas PRU berkenaan.
Ketuanya, Fuziah Saleh berkata, pada masa ini sayap itu diwakili oleh 11 Ahli Parlimen.
"Hasrat kita pada pilihan raya umum akan datang ialah memastikan bahawa 11 kerusi ini dikekalkan sebagai kerusi Wanita," katanya dalam ucapan dasar Kongres Wanita Nasional 2020 bersempena Kongres Nasional PKR 2020 hari ini.
Kongres bertemakan 'Wanita Beraspirasi Untuk Memberi Inspirasi' dirasmikan oleh Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang julung kalinya diadakan secara maya berikutan sekatan pergerakan penuh seluruh negara bagi mengekang penularan pandemik COVID-19.
Fuziah berkata, bagi memastikan usaha tersebut tercapai, Jawatankuasa Pilihan Raya Wanita Pusat (JPRWP) telah mengambil beberapa langkah termasuk mengenal pasti calon berpotensi.
"Telah lama angka lantai 30 peratus kedudukan wanita di posisi membuat keputusan ini dilaung-laungkan, malah telahpun termaktub dalam Perlembagaan parti. Kita tidak mahu ia hanya tinggal menjadi catatan dan retorik semata-mata, tetapi kita akan memastikan ia benar-benar ditepati pelaksanaannya," katanya.
Dalam pada itu, Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan, berkata setakat April lepas, keahlian PKR berjumlah 1,034,093 orang, dan daripada jumlah itu, 408,038 orang adalah ahli Wanita, manakala jumlah ahli Angkatan Muda Keadilan pula 229,006 orang.
Terdahulu dalam ucapannya, Dr Wan Azizah berkata, bertepatan dengan tema kongres Wanita kali ini, ahli hendaklah istiqamah dan konsisten dalam perjuangan parti dengan sikap sederhana serta mencari titik persefahaman dan bukan eksklusif.
"Insya-Allah, pada pilihan raya umum akan datang lebih ramai lagi calon wanita akan ketengahkan. dan langkah ini bukanlah untuk mencabar kaum lelaki," katanya. - BERNAMA
Bernama
Fri Jun 04 2021
Ketua Wanita PKR, Fuziah Saleh mensasarkan 20 Ahli Parlimen daripada sayap itu pada PRU15. Ketika ini, sayap itu diwakili oleh 11 Ahli Parlimen. - Gambar fail
Pengembara dari dan ke Singapura bawa lebih S$20,000 perlu lakukan pengisytiharan
Pengisytiharan menggunakan kertas pada masa ini akan dihentikan pada 13 Mei ini.
GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf sebagai Malaysia-China Institute
Pada peringkat awal, pusat itu akan melatih 2,000 tenaga TVET yang mendapat tajaan latihan ke negara berkenaan.
PM tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan sehari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu malam tadi untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.
Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah
Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
Wanita PKR lancar Sistem ASAK, perkasa pengurusan dan tadbir urus secara digital
Wanita PKR hari ini melancarkan Sistem Asimilasi Struktur Asas Kepimpinan (ASAK) bagi memperkasakan pengurusan dan tadbir urus cabang wanita parti itu secara digital.
Kongres Wanita PKR: Budaya buli terhadap wanita, seksisme dibangkitkan
Wanita PKR menyifatkan budaya membuli wanita merupakan antara faktor golongan itu menjauhkan diri daripada melibatkan diri dalam arena politik.
Representasi wanita di Parlimen terus jadi agenda pemberdayaan Wanita PKR - Fadhlina
Representasi wanita di peringkat Parlimen, Dewan Undangan Negeri (DUN) serta cabang harus terus menjadi agenda pemberdayaan Wanita PKR, kata Ketua Wanitanya Fadhlina Sidek.
Wanita PKR sasar tanding 9 lagi kerusi Parlimen pada PRU15
Wanita PKR telah kenal pasti sembilan kerusi Parlimen untuk ditandinginya pada PRU15 selain mengekalkan 11 kerusi sedia ada.
Muhyiddin perlu mulakan konsultasi biparti demi negara - Fuziah Salleh
Muhyiddin Yassin perlu memulakan proses konsulatasi demi mempertahankan prinsip semak dan imbang dan menyikapi semangat demokrasi sebagai tunjang institusi Parlimen.
Perkasa wanita: Kerajaan PH jauh lebih progresif - Haniza
Kerajaan negeri dan persekutuan diharap dapat mempertimbangkan seorang wanita di setiap negeri untuk dilantik sebagai Ahli Dewan Negara.
Kongres tahunan sayap Wanita, AMK PKR bersidang hari ini
Kira-kira 1,588 perwakilan akan menyertai persidangan sayap Wanita dan AMK, yang masing-masing akan bermula 9 pagi.
Terima teguran akar umbi, kata Ketua Wanita PKR
Ketua Wanita PKR, Haniza Mohd Talha berkata anggota parti perlu bekerjasama menangkis usaha mana-mana pihak dari memecahbelahkan parti.
PH perlu kurangkan berpolitik, lebihkan usaha bantu rakyat - MB Selangor
Pakatan Harapan (PH) perlu kurangkan berpolitik jika tidak mahu hilang keyakinan dan kepercayaan daripada rakyat.
Peletakan jawatan isu dalaman PKR - Adly
Pengerusi PH Melaka Adly Zahari berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu peletakan jawatan dua ketua wanita cabang PKR Melaka.