awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita putus urat tangan dilibas pedang samurai

Bernama
Bernama
14/02/2024
13:10 MYT
Wanita putus urat tangan dilibas pedang samurai
Seorang wanita putus urat tangan kiri selepas terkena libasan pedang samurai dalam kejadian cubaan samun di hadapan sebuah kedai dobi di Masjid Tanah, semalam. - Gambar hiasan
ALOR GAJAH: Seorang wanita putus urat tangan kiri selepas terkena libasan pedang samurai dalam kejadian cubaan samun di hadapan sebuah kedai dobi di Masjid Tanah, semalam.
Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata kejadian berlaku kira-kira 6.30 pagi ketika wanita berusia 36 tahun itu sedang memandu kereta ke tempat kerjanya.
Beliau berkata kereta mangsa telah disekat sebuah kereta lalu dua lelaki bersenjatakan pedang samurai keluar daripada kereta itu menuju ke kereta mangsa.
"Suspek bertindak memecahkan cermin hadapan, tingkap kiri serta kanan kereta mangsa menggunakan pedang itu yang kemudian turut terkena tangan mangsa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Zainol mangsa kemudian mengundurkan keretanya dan terlanggar kereta di tepi jalan ketika berusaha melarikan diri ke Balai Polis Masjid Tanah.
Zainol berkata wanita terbabit mendapat rawatan awal di Klinik Kesihatan Masjid Tanah sebelum dihantar ke Hospital Melaka.
"Hasil siasatan awal, mangsa mengatakan bahawa dia tidak mengenali suspek serta tidak bergaduh dengan sesiapa kebelakangan ini.
"Siasatan juga mendapati kereta milik mangsa mengalami kerosakan di cermin pintu hadapan kiri dan kanan serta di cermin hadapan selain terdapat kesan langgar di bahagian belakang," katanya.
Mangsa tidak kehilangan barangan berharga dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana cuba rompak dan Seksyen 427 kanun sama kerana khianat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#wanita putus urat tanga
#dilibas pedang
#pedang samurai
#Polis Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan