KOTA KINABALU: Seorang wanita pejalan kaki berusia 56 tahun sempat bertindak menyelamatkan cucunya berusia sembilan tahun dengan menolak kanak-kanak itu, sebelum maut selepas dilanggar motosikal dalam kejadian di sini pada pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Mohd Zaidi Abdullah berkata kejadian di Jalan Universiti Malaysia Sabah (UMS) berhampiran Kampung Rampayan di sini turut meragut nyawa penunggang motosikal itu seorang lelaki berusia 46 tahun.
Beliau berkata dalam kejadian tersebut, cucu wanita itu dan pembonceng motosikal wanita berusia 47 tahun terselamat serta hanya mengalami cedera ringan.
"Siasatan awal kejadian, mendapati penunggang motosikal itu dalam perjalanan dari arah Indah Permai menuju ke 1Borneo untuk menghantar pembonceng ke tempat kerja. Apabila sampai di lokasi kejadian, pejalan kaki itu bersama cucunya tiba-tiba melintas, menyebabkan penunggang motosikal tidak dapat mengelak.
"Sebelum pelanggaran berlaku, pejalan kaki itu sempat menolak cucunya untuk elak dilanggar. Kesan perlanggaran tersebut menyebabkan motosikal itu terbabas ke bahu jalan. Pejalan kaki dan penunggang itu cedera di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.
Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu di SANDAKAN, seorang lelaki maut apabila kereta Perodua Viva dipandunya terbabas masuk ke dalam sebuah lubang pembentungan yang dipenuhi air dianggarkan sedalam 1.5 meter yang dalam proses pembinaan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) di Jalan Lintas Utara, Batu 3 pada 7.30 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Abdul Fuad Abdul Malek berkata siasatan awal polis mendapati mangsa berusia 52 tahun, yang sedang memandu dari Batu 4 ke arah pusat bandar, hilang kawalan kenderaan tersebut dan merempuh beberapa penghadang plastik dan konkrit disediakan pihak kontraktor pembinaan.
"Kenderaan itu terjunam ke dalam lubang pembentungan yang sedang dalam pembinaan di bahu jalan. Impak daripada kemalangan itu, pemandu meninggal di lokasi kejadian," katanya dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1)/85 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Sabah) pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan bersama JKR mengepam keluar air untuk memudahkan operasi menyelamat dan menemukan seorang mangsa lelaki di dalam kenderaan tersebut.
"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pada 8.57 pagi," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 18 2023
Kejadian di Jalan Universiti Malaysia Sabah (UMS) berhampiran Kampung Rampayan di Kota Kinabalu itu turut meragut nyawa penunggang motosikal, seorang lelaki berusia 46 tahun. - Foto Sinar Harian
RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Laporan RCI mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b), 417, dan 418 Kanun Keseksaan.
Pasaran IPO London merosot, persaingan sengit dari Timur Tengah dan Asia
Pasaran tawaran awam permulaan (IPO) London jatuh dengan ketara tahun ini lantaran penilaian rendah dan pelabur hilang selera terhadap pasaran semasa.
Kes VLN: 'Saya bersyukur, terima kasih kepada Allah' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Selena Gomez umum pertunangan dengan Benny Blanco
Pengumuman pertunangan mereka dibuat melalui Instagram, di mana Selena memperlihatkan cincin bertatah berlian dengan kapsyen "Forever begins now".
Seorang kanak-kanak Israel cedera ditembak
Seorang kanak-kanak lelaki Israel berada dalam keadaan kritikal berikutan insiden tembakan di sebuah bas berhampiran Beit Jala, di Tebing Barat yang diduduki Israel.
Jurucakap Pusat Perubatan Hadassah, tempat mangsa dirawat, berkata kanak-kanak berusia 10 tahun itu menerima rawatan kecemasan di unit trauma bersama dua lagi mangsa dewasa.
Jurucakap Pusat Perubatan Hadassah, tempat mangsa dirawat, berkata kanak-kanak berusia 10 tahun itu menerima rawatan kecemasan di unit trauma bersama dua lagi mangsa dewasa.
RM100 juta diperuntuk tingkat minat murid dalam bidang STEM
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, sebanyak RM100 juta telah diperuntukan pada tahun 2024 untuk tujuan meningkatkan minat murid dalam bidang STEM.
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Pembinaan RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi kerja infrastruktur capai 95 peratus
Pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru–Singapura berjalan mengikut jadual dengan tahap kemajuan mencapai 95 peratus bagi kerja-kerja infrastruktur setakat November lepas.
Apple Intelligence diaktifkan ke beberapa lagi negara tetapi tidak di Malaysia
Apple Intelligence boleh digunakan pada peranti tertentu seperti iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max, siri iPhone 16, Mac dengan cip Apple M, iPad dengan cip Apple M, dan iPad Mini dengan cip A17 Pro.
RUU Ombudsman Malaysia jangka dibentang tahun depan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kula Segaran berkata pada masa ini, beberapa sesi bengkel cadangan dasar penubuhan Ombudsman telah diadakan dengan pihak-pihak berkepentingan, agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan.
Wanita sempat selamatkan cucu sebelum maut dilanggar motosikal
Seorang wanita sempat bertindak menyelamatkan cucunya berusia sembilan tahun dengan menolak kanak-kanak itu, sebelum maut akibat dilanggar motosikal.
Nenek 63 tahun selamatkan empat cucunya daripada kejadian tanah runtuh
Seorang nenek bersama anak perempuannya bertindak pantas membawa keluar empat cucunya apabila sebahagian rumah mereka ditimbus tanah runtuh.