NATIONAL
Wanita tempuh detik hitam dicabul ketika beli-belah

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tular memaparkan mangsa dicabul ketika sedang membeli belah di sebuah kedai dekat pasar raya dalam kejadian Selasa lalu.
KUALA LUMPUR: Seorang wanita menempuh detik hitam apabila dicabul di sebuah pasar raya di Selayang dekat sini Selasa lalu.
Ringkasan AI
- Wanita mengalami insiden cabul di pasar raya di Selayang pada Selasa lepas.
- Video CCTV menunjukkan seorang lelaki menyentuh punggung mangsa ketika dia memilih barang.
- Polis menerima laporan daripada mangsa dan sedang menyiasat kes di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, laporan dibuat mangsa yang merupakan warga tempatan berumur lingkungan 30-an.
"Polis mengesahkan menerima laporan berkenaan yang dipercayai berlaku di sebuah premis di Selayang.
"Siasatan lanjut berkaitan kejadian masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan," katanya. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami