awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita Vietnam ditahan susulan kebakaran tiga rumah di Manjung

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
09/11/2024
01:00 MYT
Wanita Vietnam ditahan susulan kebakaran tiga rumah di Manjung
Polis menahan seorang wanita Vietnam bagi membantu kes kebakaran tiga buah rumah dalam kejadian di Taman Singa, Sitiawan, Manjung, awal pagi Jumaat. - Gambar hiasan
IPOH: Polis menahan seorang wanita Vietnam bagi membantu kes kebakaran tiga buah rumah dalam kejadian di Taman Singa, Sitiawan, Manjung, awal pagi Jumaat.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kebakaran itu daripada pemilik rumah, lelaki berusia 42 tahun sekitar jam 2.50 pagi semalam.
Menurutnya, kebakaran merebak dengan pantas dan mengakibatkan dua buah rumah berhampiran turut terbakar.
“Bagaimanapun, pihak bomba berjaya mengawal kebakaran lebih kurang 30 minit yang berpusat dari garaj rumah berkenaan.
“Pemeriksaan pihak bomba mendapati kebakaran berkenaan mengakibatkan 90 peratus rumah bersama dua buah kereta serta sebuah motosikal milik pengadu telah terbakar.
“Dua buah rumah lagi mengalami kebakaran di antara 20 hingga 40 peratus serta sebuah buah motosikal juga turut terbakar namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan,” kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini.
Hasbullah berkata, semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kelibat seorang lelaki membawa dua tong berisi cecair bahan bakar ke arah rumah mangsa dan melarikan diri selepas api mula menyala.
Menurutnya, susulan kejadian itu, polis menahan seorang wanita warga Vietnam berusia 38 tahun bagi membantu siasatan.
“Setakat ini motif sebenar kejadian tersebut masih dalam siasatan dan kes telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan,” ujarnya.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes tersebut untuk menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Nur Munawara Ahmad di talian 0111-624 0391 atau menerusi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung di talian 05-688 6222.
Topic Berkaitan
#kebakaran
#wanita Vitenam ditahan
#Rakaman CCTV
#cecair bahan bakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan