awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita warga Korea sesat ketika mendaki ditemui selamat

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
26/08/2019
16:54 MYT
Wanita warga Korea sesat ketika mendaki ditemui selamat
Wanita berusia 30-an itu, dilaporkan gagal mencari jalan untuk turun sehingga tersesat. - Foto JBPM
Seorang wanita Korea yang sesat ketika mendaki di kawasan Pantai Miami, di Jalan Batu Feringghi diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang.
Menurut Jurucakap JBPM negeri, wanita dikenali sebagai Jane itu ditemui pada jam 10.40 malam selepas tersesat ketika melakukan aktiviti mendaki pada petang Isnin.
Wanita berusia 30-an itu, dilaporkan gagal mencari jalan untuk turun sehingga tersesat.
Mangsa telah menghubungi rakannya untuk memaklumkan dirinya telah sesat.
Pihak bomba yang menerima panggilan kecemasan pada kira-kira jam 7.46 malam terus menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa.
Seramai 32 anggota terdiri daripada 16 anggota JBPM Balai Bagan Jermal, tujuh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan sembilan orang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlibat dalam operasi tersebut.
Selepas beberapa jam mencari, mangsa berjaya ditemui dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada jam 11 malam Isnin.
Topic Berkaitan
#Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#Jane
#JBPM Pulau Pinang
#pantai miami
#PDRM
#wanita Korea sesat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan