awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tim Cook beli saham Nike bernilai AS$3 juta
ByteDance dijangka belanja AS$14 bilion untuk cip AI NVIDIA H200
Angkat nilai kemanusiaan menerusi lensa kamera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga asing ditahan disyaki lakukan antun seksual, cabul anak tiri

Bernama
Bernama
12/09/2020
21:00 MYT
Warga asing ditahan disyaki lakukan antun seksual, cabul anak tiri
Mangsa menyatakan dia tidur bersama bapa tirinya sejak berusia tujuh tahun. - Gambar hiasan
Seorang lelaki warga asing yang dilaporkan melakukan pengantunan seksual dan mencabul anak tirinya yang berusia 12 tahun ditahan pada Khamis lepas.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal dalam satu kenyataan berkata suspek ditahan pada hari yang sama laporan polis dibuat oleh mangsa sendiri.
"Mangsa menyatakan dia tidur bersama bapa tirinya sejak berusia tujuh tahun dan sering merasakan yang dia dicabul olehnya di sebuah rumah di Kota Damansara.
“Polis juga menerima aduan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat bahawa suspek berumur 36 tahun telah melakukan pengantunan seksual terhadap budak perempuan itu,” kata Nik Ezanee dan menurutnya suspek direman tujuh hari.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Sementara itu, Nik Ezanee berkata polis menahan dua wanita warga asing disyaki menjalankan kegiatan pelacuran dalam serbuan di sebuah premis rumah kedai di Damansara semalam.
“Siasatan mendapati mereka bekerja tanpa majikan dan menjalankan kegiatan pelacuran dengan menawarkan bayaran ‘perkhidmatan’ sebanyak RM200 sejak sebulan lepas,” katanya.
Beliau berkata kedua-dua suspek direman 14 hari untuk siasatan mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anak tiri
#cabul
#Kanak-kanak
#mangsa
#Nik Ezanee Mohd Faisal
#pengantunan
#Petaling Jaya
#polis
#reman
#seksual
#siasatan
#suspek
#wanita
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan