awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lagi 6 kontena e-waste seberat 158 tan ditahan di Pelabuhan Klang
PDRM pergiat usaha jejak saki-baki Geng Kapten Praba
Dokumentari "Itui suli-suli Bajau!" angkat kisah komuniti Bajau Laut Sabah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga asing kahwin dengan rakyat Malaysia layak mohon pas lawatan sosial – Saifuddin

Khalis Khadir
Khalis Khadir
08/10/2025
09:20 MYT
Warga asing kahwin dengan rakyat Malaysia layak mohon pas lawatan sosial – Saifuddin
Saifuddin berkata, pas itu boleh diperbaharui setiap tahun selagi perkahwinan kekal sah serta pasangan masih hidup bersama. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pasangan warga asing yang berkahwin secara sah dengan rakyat Malaysia boleh menetap dan bekerja di negara ini melalui Pas Lawatan Sosial Pasangan kepada Warganegara.
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, pas itu boleh diperbaharui setiap tahun selagi perkahwinan kekal sah serta pasangan masih hidup bersama.
Bagaimanapun, kata beliau, sekiranya mereka berpisah, kelayakan memperbaharui pas itu akan terbatal secara automatik kerana individu berkenaan tidak lagi dikategori sebagai pasangan sah kepada warganegara.
“Dalam keadaan sebegitu, mereka boleh memohon ‘Pas Balu’ atau ‘Janda’ jika memenuhi kriteria yang ditetapkan, atau sebagai alternatif, mengemukakan permohonan Pas Residen, tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa imigresen,” ujarnya.
Maklum balas itu bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Sungai Petani, Mohammed Taufiq Johari mengenai proses dan syarat permohonan pas pasangan warganegara, termasuk situasi melibatkan pasangan bukan warganegara yang telah berpisah tetapi mempunyai anak berstatus warganegara malaysia.
Saifuddin berkata, Pas Residen merupakan pilihan lebih sesuai bagi pasangan asing yang mempunyai anak hasil perkahwinan dengan rakyat malaysia kerana ia membolehkan mereka terus tinggal dan bekerja di malaysia bagi menyara kehidupan keluarga.
Tambahnya, pemegang Pas Residen juga dibenarkan bekerja sama ada di sektor formal atau bekerja sendiri.
Topic Berkaitan
#Saifuddin Nasution
#Pas Lawatan Sosial Pasangan kepada Warganegara
#Pas Balu
#janda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan