awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga asing maut ditetak leher dalam pergaduhan di pusat hiburan

Bernama
Bernama
03/10/2022
15:55 MYT
Warga asing maut ditetak leher dalam pergaduhan di pusat hiburan
Mangsa yang berumur 32 tahun meninggal dunia ketika diberikan rawatan di hospital kerana mengalami kecederaan parah. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga asing terbunuh dipercayai selepas terlibat dalam satu pergaduhan membabitkan tujuh lagi warga asing termasuk dua wanita, di sebuah pusat hiburan di Jalan Tun Razak, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata pihaknya menerima maklumat pada 5.35 pagi tadi mengenai tiga lelaki warga asing berbangsa Afrika yang cedera disyaki akibat pergaduhan dan berada di wad kecemasan sebuah hospital swasta.
"Hasil siasatan polis mendapati mangsa dan rakannya dipercayai bergaduh dengan sekumpulan lelaki warga asing yang (juga) berketurunan Afrika.
"Mangsa yang berumur 32 tahun telah meninggal dunia ketika diberikan rawatan di hospital kerana mengalami kecederaan parah iaitu kesan luka akibat tetakan di belakang leher," katanya dalam kenyataan malam ini.
Ashari berkata kesemua suspek berumur lingkungan 26 hingga 40 tahun itu telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju untuk tindakan lanjut dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi IPD Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga asing maut
#pusat hiburan
#warga afrika
#Jalan Tun Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan