awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Daftar Pemilih Tambahan November 2025 dibuka untuk semakan - SPR
Wanita Palestin hadapi penderaan di penjara Israel - Pejabat media
Ringgit melonjak ke paras tertinggi sejak awal Mac 2021
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga asing serang polis dipercayai ada masalah mental

Sinar Harian
Sinar Harian
24/08/2022
22:40 MYT
Warga asing serang polis dipercayai ada masalah mental
Seorang lelaki warga Algeria ditahan selepas menyerang dua anggota polis yang bertugas di IPK Kuala Lumpur sekitar jam 1.40 pagi. -Gambar fail/PDRM
KUALA LUMPUR: Lelaki warga Algeria yang menyerang dua anggota polis menggunakan tukul besi di pos pengawal Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, awal pagi Selasa dipercayai mempunyai masalah mental.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, suspek yang juga gelandangan itu berada di wad psikiatri Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini untuk pemeriksaan.
"Suspek dipercayai mempunyai masalah kesihatan mental dan kini sedang dalam pemeriksaan pihak hospital.
"Kes telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya pada 24 Ogos dan mendapat arahan tuduh di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan, Seksyen 447 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Sinar Harian pada Selasa melaporkan, seorang lelaki warga Algeria ditahan selepas menyerang dua anggota polis yang bertugas di IPK Kuala Lumpur sekitar jam 1.40 pagi.
Lelaki terbabit pada mulanya dikatakan datang ke pondok pengawal dan cuba bertanyakan sesuatu kepada salah seorang anggota polis yang bertugas.
Suspek tiba-tiba mengeluarkan tukul besi dan mengetuk kepala anggota terbabit sebelum mengejar seorang lagi anggota polis lain dipercayai untuk merampas senjata api jenis Heckler & Koch MP5 yang ada pada mangsa.
Sehubungan itu, Noor Dellhan memberitahu, pihak polis akan mendakwa lelaki berusia 30 tahun itu di mahkamah sejurus dia dibenarkan keluar dari hospital. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Algeria
#serang dua anggota polis
#pos pengawal IPK Kuala Lumpur
#masalah mental
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan