awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga Bangladesh ketuk hingga mati rakan dengan periuk nasi, terselamat tali gantung

Bernama
Bernama
09/11/2023
11:47 MYT
Warga Bangladesh ketuk hingga mati rakan dengan periuk nasi, terselamat tali gantung
Mohammad Jobi Ullah, 44, dijatuhi hukuman penjara 13 tahun oleh panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan selepas dia mengaku bersalah membunuh tanpa niat ke atas rakan serumahnya, Minto. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Seorang lelaki warga Bangladesh yang pada mulanya dijatuhi hukuman mati atas kesalahan membunuh rakan serumahnya, terselamat daripada tali gantung selepas dakwaan membunuh rakan serumah pada 2018 dipinda kepada membunuh tanpa niat.
Mohammad Jobi Ullah, 44, dijatuhi hukuman penjara 13 tahun oleh panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan selepas dia mengaku bersalah membunuh tanpa niat ke atas rakan serumahnya, Minto.
Panel itu yang terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Abu Bakar Jais memerintahkan Mohammad Jobi untuk menjalani hukuman itu dari tarikh tangkap, 28 Mac 2018.
Ketika menyampaikan keputusan mahkamah, Hakim Abang Iskandar mengetepikan hukuman mati yang dijatuhkan ke atas Mohammad Jobi kerana membunuh dan menggantikannya dengan hukuman penjara 13 tahun.
Terdahulu, peguam yang dilantik mahkamah K. Simon Murali memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwaan telah menerima representasi anak guamnya agar pertuduhan membunuh dipinda kepada pertuduhan membunuh tanpa niat dan perkara itu disahkan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari.
Pada 29 Jun 2020, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman mati ke atas Mohammad Jobi selepas dia didapati bersalah membunuh Minto, yang juga rakan senegaranya di sebuah rumah di Jalan Megat Harun, Taman Jasa, Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 11.15 pagi, 25 Sept 2018.
Mengikut fakta kes, insiden itu tercetus selepas berlaku pertengkaran mulut dan fizikal antara Mohammad Jobi dan si mati di dapur kediaman mereka kerana periuk milik si mati menghalang kabinet dapur.
Mohammad Jobi, yang bekerja sebagai buruh telah mengetuk kepala si mati dengan periuk nasi dan periuk kari dan juga menumbuk mangsa. Lelaki itu yang tidak sedarkan diri kemudian dibawa ke hospital. Mangsa mengalami kecederaan dalaman di bahagian kepala dan meninggal dunia pada 28 Mac 2018.
Dalam rayuan untuk mengurangkan hukuman penjara yang lebih rendah, Murali berkata anak guamnya telah menyesal dan dia turut telah mengunjungi si mati di hospital untuk memohon maaf.
Beliau memohon mahkamah mengenakan hukuman penjara lapan tahun dengan menyatakan bahawa perbuatan anak guamnya itu tidak dirancang tetapi ia berlaku dalam keadaan tegang ketika itu. Bagaimanapun, Mohd Fairuz berkata hukuman penjara yang sepatutnya adalah antara 15 hingga 20 tahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga Bangladesh
#ketuk rakan
#periuk nasi
#terselamat tali gantung
#Mohammad Jobi Ullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan