awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga Bangladesh maut disyaki dibunuh rakan serumah

Bernama
Bernama
10/10/2024
13:36 MYT
Warga Bangladesh maut disyaki dibunuh rakan serumah
Seorang lelaki warga Bangladesh ditemukan maut disyaki dibunuh rakan senegara dalam kejadian yang berlaku di sebuah rumah kongsi di Taman Lagenda Fasa 3, Teluk Intan, hari ini. - Foto hiasan
IPOH: Seorang lelaki warga Bangladesh ditemukan maut disyaki dibunuh rakan senegara dalam kejadian yang berlaku di sebuah rumah kongsi di Taman Lagenda Fasa 3, Teluk Intan, hari ini.
Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian menimpa mangsa berusia 27 tahun dan bekerja sebagai pekerja kontrak itu sekitar 5 pagi tadi.
"Mangsa ditemukan terlentang dalam semak di belakang rumah kongsi tersebut dalam keadaan berlumuran darah di bahagian dada dengan kesan kecederaan pada leher dipercayai akibat penggunaan senjata yang tidak dikenal pasti.
"Berdasarkan keterangan, kehilangan mangsa disedari apabila rakannya mahu mengajak mangsa untuk bersolat sekitar 8.30 malam semalam," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini, hari ini.
Beliau berkata polis menahan tiga rakan mangsa berusia 32 hingga 39 tahun yang mendiami rumah kongsi itu untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Setakat ini kita merampas tiga telefon bimbit milik suspek dan usaha mengesan senjata yang disyaki digunakan dalam kejadian itu. Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk dibedah siasat," katanya.
Selain itu, beliau berkata pihaknya berjaya menahan dua lelaki dan seorang wanita berusia dalam lingkungan 24 hingga 26 tahun yang disyaki anggota sindiket kes curi barang dalam kenderaan yang aktif di sekitar Manjung sejak sebulan lepas.
Azizi berkata penangkapan ketiga-tiga individu berkenaan telah menyelesaikan 15 kes dan mereka disiasat di bawah Seksyen 379, 411, 414, 427 dan 447 Kanun Keseksaan.
Polis juga katanya memberkas dua lelaki dipercayai melakukan perbuatan khianat dengan menyimbah cat terhadap tiga kenderaan dalam kejadian di Taman Muhibah, Sitiawan pada 29 Sept lepas.
Beliau berkata suspek berusia 23 dan 26 tahun itu ditahan di lokasi berasingan iaitu di Alor Setar dan Sabak Bernam pada 8 dan 9 Okt lepas bersama barang kes.
"Pengadu memberitahu suspek kemungkinan tersalah menyasarkan rumah kerana dia tidak pernah terlibat dalam pinjaman wang tidak berlesen atau bermusuh dengan sesiapa," katanya sambil menambah kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga Bangladesh
#dibunuh rakan serumah
#Taman Lagenda Fasa 3
#polis perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan