awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan galak lebih banyak Institusi Pendidikan Islam mendaftar
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga Bangladesh maut motosikal terbabas

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
11/03/2021
08:41 MYT
Warga Bangladesh maut motosikal terbabas
Menurut polis, kemalangan itu berlaku kira-kira jam 1 tengahari ketika mangsa, Liton Biswas, 42, dalam perjalanan dari Kuala Dipang ke pekan Tapah. - Foto PDRM
TAPAH: Seorang warga Bangladesh maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas di Kilometer 4 Jalan Tapah - Kuala Dipang, dekat sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kemalangan itu berlaku kira-kira jam 1 tengahari ketika mangsa, Liton Biswas, 42, dalam perjalanan dari Kuala Dipang ke pekan Tapah.
Menurutnya, apabila tiba di tempat kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa telah hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan sebelah kiri.
“Dalam kemalangan ini mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak ambulans Hospital Tapah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk urusan bedah siasat yang dijadualkan petang ini juga.
Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa yang bekerja sebagai pekebun di sebuah syarikat pertanian di sini, tidak mempunyai lesen memandu.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#motosikal terbabas
#warga Bangladesh
#kemalangan
#Polis Daerah Tapah
#Liton Biswas
#Kuala Dipang
#Tapah
#Hospital Tapah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan