KUALA LUMPUR:Warga emas berusia 100 tahun adalah antara 22 kes kematian baharu COVID-19 yang direkodkan dalam negara hari ini.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, mangsa merupakan seorang lelaki warga tempatan.

Korban terbaharu itu merupakan kes kematian ke-1,000.

Kematian warga emas itu direkodkan di Hospital Sungai Buloh, Selangor serta mempunyai sejarah penyakit darah tinggi dan asma.

Daripada 22 kes kematian baharu yang direkodkan, lapan kes dilaporkan di negeri Selangor.

Kesemua kes kematian baharu akibat COVID-19 hari ini adalah melibatkan warganegara Malaysia.

Sehingga kini, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sudah melebihi 1,000 kes iaitu 1,005 kes. 

BACA: COVID-19: 22 kematian baharu, 5,709 kes sembuh