KUALA TERENGGANU:Tidak lengkap rasanya sambutan Tahun Baharu Cina tanpa jamuan makan besar bersama semua ahli keluarga yang dikatakan membawa tuah dan menjadi amalan tradisi sejak sekian lama.
Menu seperti ayam kampung, ikan, udang serta kuih bakul antara sajian wajib ketika jamuan makan besar itu yang disambut meriah dalam suasana kekeluargaan yang meriah dan ceria.
Itulah antara rutin saban tahun warga emas, Lim Seng yang genap usianya 100 tahun pada tahun ini.
Katanya, selama ini, sambutan Tahun Baharu Cina meriah dengan kehadiran anak, cucu serta cicitnya, namun suasana berbeza tahun ini disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan COVID-19.
Begitupun, dia tetap menerima keadaan berkenaan dan berkata akan tetap meraikannya dengan sederhana walaupun tanpa kehadiran ramai ahli keluarga yang tidak dapat pulang.
"Sambutan tahun ini akan dikenang secara berbeza kerana tidak dapat sambut seperti kelaziman susulan pandemik COVID-19. Acara makan besar tetap ada bersama-sama ahli keluarga di sini.
"Tak boleh nak buat apa bagi keluarga yang tidak dapat pulang. Memanglah, kalau anak cucu balik sangat meriah.
"Biasanya, nenek masak Ayam Khai Hong... semua orang sangat suka nenek masak... tapi tahun ini tidak gembira sangat seperti dahulu... Dulu sangat meriah tengok tarian naga, tahun ini duduk diam-diam di rumah," katanya ketika ditemui Astro AWANI di sini, hari ini.
Sementara itu menantunya, Fu Sek Sue berkata, sebelum ini ibu mentuanya antara orang yang paling sibuk menguruskan menu untuk acara makan besar dan juga sambutan perayaan itu.
Namun kali ini, dia kelihatan seperti kurang bersemangat untuk melakukannya dan kesemuanya kini diuruskan oleh anak, menantu dan cucunya.
"Tahun ini nenek kurang semangat... anak cucu beritahu tak boleh balik... dia cakap dia faham... dia cakap nanti semasa sambutan Tahun Baharu Cina, boleh berhubung dengan telefon.
"Biasanya dia tanya nak beli ayam berapa ekor untuk buat masakan Ayam Khai Hong... dia suka masak... tapi tahun ini tak ada," katanya.
Lim yang masih sihat berhijrah ke Terengganu dan tinggal di Kampung Cina di sini sejak lebih 70 tahun lalu mengikut mendiang suami, Poh Chew Say yang bekerja kapal laut.
Sepanjang PKP, dia mengubat kerinduan terhadap anak, cucu serta cicit yang tinggal jauh termasuk di Kuala Lumpur dan Singapura dengan panggilan video.
Nur Fazlizai Ali
Thu Feb 11 2021
Lim Seng tetap membuat persiapan menyambut Tahun Baharu Cina walaupun tidak semeriah biasa. - Gambar/ Astro AWANI
Kenyataan Muhyiddin gambarkan Guan Eng salah guna kuasa dalam kes cukai Yayasan Albukhary - Peguam
Kenyataan Muhyiddin dikatakan berunsur fitnah dan mencemarkan reputasi Lim Guan Eng apabila menggambarkannya telah menyalahgunakan kuasa.
Niaga AWANI: Malaysia komited terus majukan Pelancongan dan Hospitaliti Mesra Muslim
Timbalan Menteri Pelancongan, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, Malaysia sememangnya terkenal dengan imej sebegitu namun usaha perlu terus dilakukan bagi memastikan imej itu kekal dan lebih kukuh.
Niaga AWANI: Jasa peneroka awal Felda jangan sesekali dilupakan - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beri pesanan, jasa peneroka awal Felda jangan sesekali dilupakan kerana golongan itu merupakan pengasas tanah rancangan tersebut dan hasil usaha mereka, dinikmati generasi masa kini.
Kematian Al Fateh: Pengasuh didakwa esok
Seorang pengasuh wanita yang didakwa menyebabkan kematian bayi lelaki lapan bulan di sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Taman Kelemak Utama, Alor Gajah, Jumaat lalu akan didakwa esok.
[TERKINI] Sidang media khas Timbalan Perdana Menteri di Sabah
UMNO, PH bekerjasama dalam PRN17 Sabah - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan UMNO memutuskan untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Nafi ada kaitan dengan pertubuhan tak patuhi undang-undang
Nippon Sushi menambah pihaknya komited menjalankan perniagaan dengan integriti, mematuhi semua peraturan serta undang-undang yang ditetapkan.
Dua sekolah dikaitkan dengan GISBH berdaftar dengan JAIS
Sekolah berkenaan adalah Sekolah Rendah Islam Integrasi Miftahul Hikmah yang didaftarkan pada Januari 2015 dan Maahad Tahfiz Wal Ulum Al-Ghazaly, didaftarkan pada 12 November 2014.
JPJ sita 21 MPV mewah, salah guna LKM tawar khidmat kereta sapu
JPJ menyita 21 kenderaan MPV mewah yang digunakan bagi menjalankan khidmat kereta sapu menerusi Operasi Khas Kenderaan Sapu.
Nippon Sushi nafi ada kaitan dengan pertubuhan yang tak patuhi undang-undang
Nippon Sushi berkata pihaknya komited menjalankan perniagaan dengan integriti, mematuhi semua peraturan serta undang-undang yang ditetapkan.
Wanita warga emas rugi lebih RM200,000 terperdaya 'phone scam'
Wanita berusia 64 tahun itu menerima panggilan daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai pegawai daripada Kementerian Komunikasi.
Pesara rugi hampir RM100,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang pesara kerajaan kerugian RM91,060 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud.
Paus Francis tiba di Singapura bagi lawatan negara, sempurnakan jelajah Asia Pasifik
Paus Francis tiba di Singapura untuk lawatan negara selama tiga hari bagi menyempurnakan Perjalanan Apostolik beliau ke rantau Asia Pasifik.
Anak jumpa rangka bapa sudah lama meninggal dunia dalam rumah
Polis mengesahkan penemuan rangka seorang lelaki di sebuah pangsapuri di Kepong di sini, pada Khamis lalu.
DOSM lancar MyAgeing Dashboard
DOSM lancar MyAgeing Dashboard yang membentangkan visualisasi data interaktif dan maklumat berkaitan statistik penduduk, penuaan dan jangka hayat.
Mayat warga emas ditemukan di kebun sawit di Batu Pahat
Polis berkata mayat mangsa ditemukan dalam keadaan terbaring dan dikerumuni lalat oleh pemilik kebun pada 12.35 tengah hari.
Warga emas mangsa insiden perlanggaran dua perahu ditemukan lemas
Mayat Dos Katiek ditemukan terapung oleh penduduk kampung dan akan dibawa ke Hospital Mukah untuk tindakan selanjutnya.
Mayat warga emas ditemukan dalam paya
Mayat seorang lelaki warga emas berusia 65 tahun ditemukan di dalam paya di sebuah kebun di Kampung Beta Hulu, Nilam Puri, Ketereh dekat sini, kira-kira 10 pagi tadi.
Warga emas terjatuh sungai ketika memancing ditemukan lemas
Seorang warga emas ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai ketika memancing di Jeti Kampung Hiliran hari ini.
Warga emas rugi RM50,000 terperdaya penipuan bantuan kebajikan
Seorang warga emas mengalami kerugian barang kemas dan wang berjumlah RM50,000 selepas terperdaya dengan penipuan tawaran bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Rabu lepas.