JOHOR BAHRU: Seorang lelaki warga emas dipercayai bertindak membakar rumah sewanya kerana tidak berpuas hati setelah diarah keluar oleh pemilik rumah tersebut di Jalan Maju 3, Taman Pelangi, di sini malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Larkin Timbalan Penguasa Bomba I Mohd Suhaimi Abdul Jamal berkata pihaknya menerima maklumat menerusi panggilan kecemasan pada 12.10 tengah malam dan menggerakkan 28 anggota dengan lima jentera selain turut dibantu BPP Tebrau.
"Kebakaran dipercayai bermula di bahagian ruang tamu rumah dan berdasarkan maklumat daripada jiran berdekatan, individu yang berumur 60an itu membakar rumah sewanya sebelum bertindak melarikan diri.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, bomba mendapati terdapat dua rumah teres satu tingkat terbakar dengan satu daripadanya musnah sebanyak 80 peratus, manakala rumah sebelahnya hanya terbakar 10 peratus sahaja," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Menurut Mohd Shuhaimi, pihak bomba yang telah berjaya mengawal kebakaran bagaimanapun terpaksa bergegas semula ke lokasi kejadian setelah mendapat maklumat individu terbabit pulang semula dan cuba membakar rumah itu sekali lagi.
"Kita berjaya tangkap individu terbabit yang menganggu pihak bomba menjalankan tugas dan telah diserahkan kepada Balai Polis Taman Pelangi," katanya.
Beliau berkata berdasarkan maklumat jiran berdekatan, suspek mempunyai isteri serta anak di Singapura dan disyaki mengalami masalah mental, selain dikehendaki keluar daripada rumah disewanya oleh pemilik pada hari ini (30 April).
Sementara itu, Ketua Polis Johor Bahru Selatan ACP Mohd Padzli Mohd Zain ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
"Kes ada berlaku dan libat tangkapan serta masih dalam siasatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 30 2021
Berdasarkan maklumat daripada jiran berdekatan, individu yang berumur 60an itu membakar rumah sewanya sebelum bertindak melarikan diri. - Gambar hiasan
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Depot minyak Itali terbakar, dua maut, sembilan lagi cedera
Kanlaon, setinggi 2,400 meter di atas paras laut di Pulau Negros, adalah satu daripada 24 gunung berapi aktif di Filipina.
Restoran di Pantai Chenang musnah dijilat api
Kebakaran itu menyebabkan restoran berkenaan musnah hampir 100 peratus, namun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Kebakaran di bilik bicara Mahkamah Persekutuan dipercayai akibat litar pintas
Istana Kehakiman kecoh seketika apabila kebakaran tercetus di sebuah bilik perbicaraan Mahkamah Persekutuan, tengah hari Khamis.
3 maut dalam kebakaran di Palembang, Indonesia
Mangsa yang maut termasuk dua penghuni sebuah rumah serta seorang pekerja bengkel yang identitinya masih belum disahkan.
Rumah kedai terbakar di Kajang, empat mangsa terselamat
Sebuah rumah kedai dua tingkat dan tiga unit kedai berkembar di Jalan Sungai Chua, Kampung Sungai Chua, musnah dalam kebakaran pada awal pagi ini.
Warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran di Ranau
Dalam kejadian pukul 1.20 pagi, Wong Ling Ying, 74, dijumpai di rumahnya yang terbakar 99 peratus manakala rumah kedua terbakar 50 peratus.
Stor farmasi Hospital Papar terbakar: 51 pesakit dipindahkan
Pada masa sama, terdapat lapan pesakit di Jabatan Kecemasan yang terkesan akibat insiden tersebut.
Stor farmasi Hospital Papar terbakar
Sebuah bangunan menempatkan stor farmasi Hospital Papar hangus terbakar, manakala bilik makmal kajian hanya terkena bahangan api dalam kejadian kira-kira 7 malam ini.
Puluhan dron serang Moscow, operasi di lapangan terbang ditangguhkan
Seorang wanita berusia 52 tahun mengalami kecederaan pada leher, muka, dan tangan, dan kini sedang dirawat di hospital.
Wanita Vietnam ditahan susulan kebakaran tiga rumah di Manjung
Semakan CCTV mendapati kelibat seorang lelaki bawa dua tong berisi cecair bahan bakar ke arah rumah mangsa dan melarikan diri selepas api mula menyala.