NATIONAL
Warga emas cedera SUV rempuh restoran meninggal dunia, 7 masih dirawat

Rempuhan turut memusnahkan dinding kaca restoran itu yang terletak di persimpangan empat lampu isyarat bandar Sitiawan. - Foto/ JBPM Perak
MANJUNG: Seorang wanita warga emas yang menjadi mangsa rempuhan kenderaan utiliti sukan (SUV) di sebuah bangunan restoran makanan segera KFC dekat Sitiawan pada malam Khamis disahkan meninggal dunia.
Ringkasan AI
- Seorang wanita warga emas berusia 73 tahun meninggal dunia selepas dirempuh oleh sebuah SUV di restoran KFC pada malam Khamis.
- Lapan pelanggan cedera, termasuk seorang kanak-kanak perempuan. Mangsa yang cedera dirawat di Hospital Seri Manjung.
- Pemandu SUV berusia 29 tahun mengalami kecederaan ringan dan ditahan untuk siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Menurutnya, kenderaan terbabit yang datang dari arah Kampung Koh ke Sungai Wangi dipercayai terbabas ke kanan lalu merempuh bangunan restoran yang ketika itu dipenuhi pelanggan.
"Rempuhan itu telah mengakibatkan lapan pelanggan termasuk seorang kanak-kanak perempuan cedera.
"Tujuh daripada mangsa cedera berusia antara lima hingga 38 tahun kini dirawat di Hospital Seri Manjung, manakala seorang wanita warga emas disahkan meninggal dunia," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.
Beliau berkata, pemandu kenderaan berusia 29 tahun yang terbabit dalam kejadian itu hanya mengalami kecederaan ringan dan kini ditahan bagi membantu siasatan.
"Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan insiden itu supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Nur Syafiqah Baharudin dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Manjung di talian 012-6375962 atau 05-6899072.
Terdahulu media melaporkan, beberapa pelanggan sebuah restoran makanan segera cedera dengan seorang daripadanya terperosok di bawah sebuah kenderaan apabila sebuah SUV merempuh masuk bangunan tersebut. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami