DUNGUN: Di sebalik senyuman mesra yang diberikan warga emas ini ketika menyambut kedatangan Bernama di kediamannya di Kampung Keliyu di sini, tersimpan 1,001 kenangan pahit dan manis ketika membesarkan anak-anaknya yang sentiasa terpahat di hati.
Ujian yang dilalui Azizah Bakar, 70, sebagai seorang ibu bukanlah calang-calang kerana tidak hanya seorang malah enam daripada 12 anaknya dilahirkan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU).
Anak-anaknya iaitu Mohd Fairus Kamaludin, 43; Mohd Zulkifli (40); Hazura (37); Hatikah (35); Mohd Shahrul (30) dan Mohd Azeem Asyraf (27) dilahirkan bisu dan mengalami perkembangan mental yang tidak normal.
Lebih menyedihkan Mohd, Zulkifli dan Hazura tidak boleh berjalan sejak mereka berusia 20-an dan hanya mampu mengengsot.
"Anak mak cik yang pertama hingga ketiga dilahirkan normal tetapi bermula dengan anak keempat iaitu Mohd Fairus dilahirkan sebagai OKU. Lagi mak cik sedih bila tiga anak berturut-turut iaitu anak keenam hingga kelapan (Mohd Zulkifli, Hazura dan Hatikah) turut ditimpa nasib yang sama.
"Kalau mempunyai seorang anak OKU pun sudah rasa sedih apatah lagi mak cik yang sampai enam orang anak dilahirkan begini. Ada juga mak cik tertanya sendiri kenapa ditimpa nasib seperti ini tetapi bila difikirkan semula, ia adalah ketentuan Allah dan mak cik reda sahaja," katanya.
Meskipun tulang empat keratnya sudah tidak sekuat mana, namun wanita tabah itu tidak pernah mengeluh dan berjanji akan tetap menjaga anak-anak istimewanya itu dengan penuh kesabaran dan kasih sayang sehingga ke akhir hayatnya.
"Dari kecil mereka tidak pernah berenggang dengan mak cik dan mereka tidak boleh ditinggalkan tanpa pengawasan kerana bimbang berlaku sesuatu yang tidak diingini. Sampai sekarang pun mak cik tidak boleh pergi ke mana-mana kerana perlu menjaga mereka.
"Tetapi kini mujurlah anak-anak mak cik lain yang normal iaitu Roslinah (49); Haziru (47); Nurul Huda (45); Rozita (39); Mohd Hasrul Akimi (34); dan Nur Sharil Amiru (32) turut membantu menjaga adik-beradik mereka," katanya.
Azizah berkata pelbagai kepayahan terpaksa ditempuhi sepanjang membesarkan anak-anak syurga tersebut memandangkan pada waktu itu anak-anak yang lain juga masih kecil dan memerlukan perhatian.
Malah katanya, pada waktu itu tiada bantuan yang diterima dan keluarga mereka hanya bergantung kepada pendapatan suaminya Kamaludin Embong, 70, sebagai ketua kampung yang tidak seberapa.
"Pada lewat tahun 1970-an bantuan untuk OKU belum ada. Memang hidup susah sampai makan pun kena catu. Menu biasa kami adalah nasi dan telur goreng. Nasib baiklah anak-anak istimewa ini tidak cerewet dan mereka makan sahaja apa yang diberikan serta tidak pernah meminta-minta.
"Sewaktu mereka kecil, tuhan sahaja yang tahu betapa penatnya mak cik kerana jarak semua 12 anak dekat-dekat jadi mak cik menguruskan anak-anak yang OKU sambil mak cik sendiri berbadan dua," katanya sambil memaklumkan sejak 10 tahun lepas semua anak OKUnya masing-masing menerima bantuan RM300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Azizah mengakui beliau pernah berasa malu dan enggan bergaul dengan masyarakat ekoran ada yang memandang serong dengan keadaan anak-anaknya itu, sehingga mereka mempersoalkan mengapa begitu ramai anaknya dilahirkan cacat.
Namun kini, beliau bersyukur dan berasa bangga kerana berjaya membesarkan anak-anak istimewanya itu dengan baik dan meskipun dilahirkan dengan serba kekurangan, kebanyakan mereka sudah boleh menguruskan diri sendiri dan menjaga sesama mereka, serta membantunya melakukan kerja-kerja rumah.
Sempena sambutan Hari Ibu yang bakal diraikan esok, Azizah menasihati golongan ibu terutama yang diuji dengan anak OKU sepertinya supaya sentiasa bersabar dan menghargai semua anak-anak walau apa sahaja keadaan mereka.
"Kita perlu kuatkan semangat dan jaga mereka dengan penuh kasih sayang. Anak-anak itu tidak tahu apa-apa dan mereka pun tidak minta dilahirkan begitu. Mereka adalah amanah Allah kepada kita, terimalah mereka seadanya," katanya yang kelihatan bergenang air mata sambil cuba mengukir senyuman.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 08 2021
Azizah berkata pelbagai kepayahan terpaksa ditempuhi sepanjang membesarkan anak-anak syurga tersebut. - Foto BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM
Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.
Warga emas didakwa pukul anak OKU hingga cedera
Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memukul anak perempuannya yang juga orang kurang upaya (OKU) sehingga mengalami kecederaan, Jumaat lepas.
Pemerkasaan OKU langkah penting ke arah masyarakat inklusif
Setiap individu, tanpa mengira kekurangan fizikal, mental atau deria, perlu diberikan peluang lebih besar untuk menjadi pemimpin dalam pelbagai sektor.
ABIM saran orang ramai supaya lebih cakna, empati terhadap OKU
ABIM tuntut kerajaan dan swasta beri peluang pekerjaan kepada golongan OKU dengan sasaran satu peratus daripada keseluruhan pekerja.
Hampir 300,000 berdaftar sebagai OKU Pembelajaran - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pada tahun ini hampir 290,000 individu di negara ini dikenal pasti sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) Pembelajaran.
Polis minta bantuan orang ramai kesan remaja OKU hilang
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan orang kurang upaya (OKU) yang dilaporkan hilang sejak 25 Okt lepas.
Polis kesan individu pukul lelaki OKU di Dataran Shah Alam
Polis sedang mengesan seorang lelaki yang memukul sehingga mencederakan seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) di Dataran Shah Alam 10 Nov lepas, yang tular baru-baru ini.
Kerajaan komited tingkat pengambilan OKU dalam perkhidmatan awam
JPA turut bertanggungjawab memastikan deskripsi tugas, persekitaran tempat kerja dan penerimaan ketua jabatan adalah 'mesra dan sesuai' OKU.
Jahidah masih terlantar, anak kini berstatus OKU
Eshan Nufail kini sudah berusia 3 tahun namun masih tidak mampu berjalan dan bertutur seperti kanak-kanak normal lain sebayanya.
Selangor tubuh jawatankuasa khas, tambah baik peraturan khidmat jagaan kanak-kanak, warga emas dan OKU
Kerajaan Selangor menubuhkan JKPPP untuk menyemak, menilai serta menambah baik undang-undang berkaitan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) di negeri itu.