PUTRAJAYA: Vaksin Sinovac keluaran China akan diberikan kepada golongan warga emas berusia 60 tahun ke atas dalam Fasa 2 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bermula 19 April ini, kata menteri penyelaras program berkenaan, Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata, ia diputuskan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) setelah mengambil kira data terkini serta perkembangan amalan penggunaan di negara lain yang menunjukkan vaksin tersebut adalah selamat, berkesan dan stabil untuk diberikan kepada warga emas.
Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu, contoh negara yang telah melaksanakan pemberian vaksin Sinovac kepada populasi 60 tahun ke atas ialah Turki iaitu lebih 11 juta penerima, Brazil lebih tujuh juta penerima dan Chile lebih tiga juta penerima.
Dalam sidang media perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba di sini hari ini, Khairy berkata, berdasarkan ujian klinikal di Brazil dan hasil semakan mendapati peratus keberkesanannya adalah 83.7 peratus bagi kes sederhana dan 100 peratus bagi kes-kes tenat.
Dalam pada itu, katanya, bilangan mereka yang sudah mendaftar untuk menerima vaksin COVID-19 adalah seramai 8.513 juta.
Wilayah Persekutuan Putrajaya, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan merekodkan pendaftaran paling tinggi dari segi ratio penduduk, manakala Sabah, Kelantan, Pahang, Terengganu dan Kedah masih perlahan, katanya.
Khairy berkata sejumlah 31,776 janji temu telah dihantar kepada penerima vaksin fasa kedua melalui aplikasi MySejahtera dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS).
Daripada 31,776 janji temu yang dihantar, 13,218 sudah jawab akan hadir, 343 menjawab mereka tidak hadir, dan 18,215 atau 57 peratus lagi masih belum memberikan pengesahan kehadiran.
"Saya mohon kepada mereka yang telah terima butiran janji temu untuk menjawab sama ada mereka akan hadir atau tidak kerana ini membolehkan kita membuat perancangan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
"Kalau sekiranya kita tidak tahu berapa ramai yang akan datang, mungkin akan berlaku pembaziran vaksin, tidak cukup vaksin dibawa atau vaksin terlebih banyak dibawa ke PPV," katanya.
Bagi mereka yang menjawab tidak dapat hadir, tarikh untuk mereka menerima vaksin COVID-19 akan dijadualkan semula dan sekiranya masih enggan hadir, pihaknya akan menyiasat punca keengganan mereka, katanya.
Ditanya mengenai perkembangan perolehan vaksin AstraZeneca, Khairy berkata, perkara itu akan diputuskan pada minggu hadapan selepas mesyuarat JKJAV dan laporan daripada kumpulan pakar.
Menurut laporan media, Agensi Ubat-ubatan Eropah dilaporkan mengeluarkan kenyataan kejadian darah beku daripada suntikan AstraZeneca disenaraikan sebagai kesan sampingan jarang berlaku. - BERNAMA
Bernama
Mon Apr 12 2021
Vaksin Sinovac keluaran China akan diberikan kepada golongan warga emas berusia 60 tahun ke atas dalam Fasa 2 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bermula 19 April ini. - Gambar fail REUTERS
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Final Jelajah Dunia BWF: Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bergelar naib juara selepas tewas kepada pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong pada final Jelajah Dunia BWF.
Lelaki maut kereta terbalik, jatuh cerun di kawasan perumahan
Seorang lelaki maut, manakala seorang wanita warga emas cedera parah selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan sebelum terbalik dan jatuh ke cerun bukit.
Pindaan perlembagaan PKR: Buka ruang lebih ramai ahli memilih pimpinan tertinggi parti - Fahmi
Pindaan perlembagaan PKR berhubung proses pemilihan parti yang diluluskan hari ini membolehkan lebih ramai ahli daripada pelbagai latar belakang terlibat dalam proses pemilihan kepimpinan tertinggi.
Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy
Saraswathy berkata, ia mencerminkan komitmen PKR dalam memastikan keadilan sosial serta kesaksamaan dalam sistem politik negara.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Untuk Olimpik LA2028, ISN telah diberi sejumlah peruntukan bagi melihat cara untuk memperkasa lagi R&D untuk prestasi atlet.
Sarawak dapat kebenaran beli 1 juta dos vaksin Sinovac - Abang Johari
Sarawak menerima kebenaran Kerajaan Pusat untuk membeli vaksin COVID-19 sendiri dalam usaha mempercepatkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan negeri itu.
Khairy terima suntikan vaksin Sinovac 18 Mac di Hospital Rembau
Khairy akan menjadi individu pertama menerima suntikan vaksin jenis Sinovac di negara ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 19 Februari 2021.
Vaksin Sinovac hanya berkesan 50.4 peratus, kata penyelidik Brazil
Penyelidik pada Selasa mengatakan, peratusan itu masih tidak menepati syarat ditetapkan malah jauh daripada peratusan yang diumumkan minggu lepas.
Indonesia luluskan penggunaan kecemasan vaksin Sinovac COVID-19
Setakat ini, Indonesia melaporkan 836,718 jangkitan COVID-19 dan 24,343 kematian.