awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan petrol luar biasa di sempadan disyaki berlaku penyelewengan - KPDN
Tiada kes bunuh, samun senjata api di Terengganu dua tahun berturut-turut
Lelaki disyaki mabuk cetus kekecohan dalam kedai serbaneka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas didakwa lima tuduhan rogol, seks luar tabii terhadap kanak-kanak perempuan

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
10/09/2025
05:40 MYT
Warga emas didakwa lima tuduhan rogol, seks luar tabii terhadap kanak-kanak perempuan
Lee Fong Chiew dibawa ke Mahkamah Sesyen Ipoh pada Rabu. - Gambar/ Astro AWANI
IPOH: Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh pada Rabu atas lima pertuduhan merogol dan melakukan seks luar tabii terhadap seorang kanak-kanak perempuan, sejak September tahun lalu.
Tertuduh, Lee Fong Chiew, 60, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Kantonis di hadapan Hakim Jean Sharmila Jesudason.
Bapa lima orang anak itu didakwa dengan dua pertuduhan melakukan seks luar tabii terhadap mangsa yang berumur sembilan tahun lapan bulan pada 9 September 2024 dan 24 April 2025.
Dia yang bekerja sebagai tukang cat turut didakwa dengan tiga pertuduhan merogol mangsa sama pada 9 dan 10 September 2024 serta 1 Ogos 2025.
Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan pada sebelah petang dan malam di ruang tamu dan bilik tidur sebuah rumah di Taman Hoong Chan, Kampar.
Bagi pertuduhan seks luar tabii, warga emas itu didakwa di bawah Seksyen 337A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun dan juga sebat, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan rogol pula, dia didakwa di bawah Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara antara 10 hingga 30 tahun dan juga sebat, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Nor Arfahanim Azureen Arfanuddin tidak menawarkan jaminan kerana kes itu serius melibatkan mangsa bawah umur dah tertuduh adalah kenalan kepada keluarga mangsa.
Peguam Ng Xin Ru yang mewakili tertuduh bagaimanapun memohon jaminan diberikan kerana anak guamnya seorang warga emas yang turut mengalami masalah kesihatan.
Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 untuk semua pertuduhan dengan seorang penjamin di samping syarat tambahan perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap awal bulan dan dilarang mengganggu saksi.
Mahkamah turut menetapkan 29 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan laporan perubatan.
Topic Berkaitan
#warga emas
#kes rogol
#seks luar tabii
#hukuman penjara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan