awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras banjir kilat

Bernama
Bernama
24/01/2024
16:41 MYT
Warga emas dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras banjir kilat
Seorang warga emas dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras semasa meredah banjir kilat di pekan Sungai Lembing hari ini. - Foto FB Ayub Ashri (via Sinar Harian)
KUANTAN: Seorang warga emas dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras semasa meredah banjir kilat di pekan Sungai Lembing di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata Lee Yie Chong, 62, yang juga pemilik sebuah kedai, dilaporkan hilang pada kira-kira 7 malam.
"Mangsa dikatakan meredah air separas pinggang bersama isteri dan anak lelakinya untuk ke kereta di kawasan tinggi di seberang jalan untuk pulang ke rumah selepas selesai memindahkan barang ke tingkat atas kedai mereka.
"Dalam perjalanan (untuk ke kereta), mangsa yang berada di tengah dikatakan memberitahu isterinya bahawa dia kepenatan sebelum hilang dihanyutkan arus deras," menurutnya dalam kenyataan di sini.
Beliau berkata isteri dan anak mangsa difahamkan sempat berpaut di sebatang tiang sebelum diselamatkan.
Banjir kilat itu susulan hujan lebat sejak 3 petang menyebabkan air sungai melimpah memasuki pekan Sungai Lembing manakala air dari kawasan bukit pula memenuhi jalan raya dan lorong di lokasi terbabit.
Bagaimanapun, Wan Mohd Zahari berkata hujan semakin reda dan air mulai surut malam ini.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#warga emas
#hilang
#banjir kilat
#Sungai Lembing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan