Skip to main content

Malaysia

Warga emas ditemui lemas dalam tasik taman rekreasi

81670001216_Drowning.jpg
IPOH: Seorang warga emas ditemui lemas di dalam tasik rekreasi di Taman Indah, dekat sini, malam tadi.

Mayat lelaki yang berusia dalam lingkungan 60-an itu ditemui dalam keadaan terapung di dalam tasik berkenaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, mereka menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 8.37 malam.

“Anggota bomba membuat pencarian di sekitar tebing tasik dan berjaya menjumpai mangsa dalam keadaan terapung,” katanya dalam kenyataan di sini, malam tadi.

Menurut jurucakap itu lagi, anggota bomba kemudiannya mengeluarkan mayat itu dan menyerahkannya kepada polis untuk tindakan seterusnya.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Nasafudin Mohd Dohon tamat jam 10.27 malam.




Advertisement

Must Watch Video