awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan MADANI terus komited pacu kesejahteraan rakyat Sarawak - PM Anwar
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas ditemui lemas di bawah Jambatan Pulau Pinang

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
20/03/2022
10:11 MYT
Warga emas ditemui lemas di bawah Jambatan Pulau Pinang
Seorang lelaki warga emas berusia 74 tahun ditemui lemas di bawah Jambatan Pulau Pinang, pada Ahad. - Foto ihsan APMM
GEORGE TOWN: Seorang lelaki warga emas berusia 74 tahun ditemui lemas di bawah Jambatan Pulau Pinang, di sini pada Ahad.
Mangsa dari Simpang Ampat di Nibong Tebal, Seberang Perai itu dijumpai nelayan berdekatan tiang 30 jambatan berkenaan kira-kira jam 11 pagi.
Lelaki tersebut sebelum itu dikatakan meninggalkan motosikal jenis Honda NF 100 di atas jambatan di Kilometer 4.0 arah Perai ke George Town, sebelum dipercayai terjun ke dalam laut.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang, Kapten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, Pusat Operasi Maritim Malaysia Pulau Pinang menerima aduan orang awam berhubung penemuan mayat terapung dari arah pulau menghala ke Perai.
Menurutnya, sebuah Bot KILAT 26 telah digerakkan ke lokasi dan tiba 20 minit kemudian.
"Pasukan kita turut dibantu bot nelayan tempatan yang berada di kawasan tersebut bagi mengelakkan mayat berkenaan hanyut.
"Mayat mangsa seterusnya dibawa ke Jeti Polis Marin Batu Uban untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan pada Ahad
Dalam pada itu Abd Razak meminta orang ramai agar tidak mengambil langkah terburu-buru apabila menghadapi masalah, sebaliknya mencari jalan penyelesaian terbaik dengan merujuk kepada pihak berkaitan.
Katanya, orang awam yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang di talian 04-2626146.
Befriender
Befriender
Topic Berkaitan
#warga emas
#ditemui lemas
#Jambatan Pulau Pinang
#Nibong Tebal
#APMM
#maritim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan