awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengurusan tanah rumah ibadat di bawah bidang kuasa kerajaan negeri - Aaron
Bunuh ibu tunggal: Tiga lelaki direman tujuh hari
PokéPark Kanto buka tirai di Tokyo, Pokémon ‘hidup’ dalam dunia sebenar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas ditemukan lemas ketika menjala

Bernama
Bernama
19/09/2024
13:15 MYT
Warga emas ditemukan lemas ketika menjala
Seorang lelaki warga emas ditemukan lemas ketika menjala ikan di Sungai Belakang Mada, Kampung Kobah pagi tadi. - Gambar fail
PENDANG: Seorang lelaki warga emas ditemukan lemas ketika menjala ikan di Sungai Belakang Mada, Kampung Kobah di sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Pendang DSP Roslan Mat berkata Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang menerima panggilan daripada orang awam pada 11.20 pagi mengenai kejadian itu sebelum bergegas ke lokasi.
"Siasatan awal mendapati mangsa berusia 63 tahun itu keluar dari rumahnya di Kampung Bukit Jambul pada 9 pagi dan ketika sedang menjala mangsa dikatakan telah turun ke dalam air untuk menarik jala yang tersangkut.
"Pada masa sama arus kuat telah menarik mangsa masuk ke dalam terowong air sebelum warga emas itu kemudian ditemui terapung di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.
Roslan berkata mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang menjalankan pemeriksaan dan mayatnya dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar untuk tindakan lanjut.
Sehubungan itu, katanya polis menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati pada musim banjir ini dan mengelak daripada menghampiri kawasan banjir dan sungai yang boleh mengundang bahaya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga emas
#ditemukan lemas
#menjala
#Sungai Belakang Mada
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan