awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas hilang di hutan Sarikei hampir seminggu ditemukan selamat

Bernama
Bernama
01/03/2025
12:15 MYT
Warga emas hilang di hutan Sarikei hampir seminggu ditemukan selamat
Warga emas yang dilaporkan hilang hampir seminggu di hutan kawasan Rumah Luang Empaong, Roban, Saratok, ditemukan selamat pada Sabtu. -Gambar JBPM
SARIKEI: Seorang warga emas yang dilaporkan hilang hampir seminggu di hutan kawasan Rumah Luang Empaong, Roban, Saratok, ditemukan selamat hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata mangsa Kamoi Paun, 69, dijumpai dalam keadaan lemah kira-kira 9 pagi tadi oleh penduduk kampung yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejak 24 Feb lepas.
"Mangsa ditemukan di dalam hutan kira-kira 300 meter dari Rumah Luang, dia mengalami luka di bahagian kaki dan tangan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jurucakap itu berkata sepanjang sesat di hutan, mangsa hanya bertahan dengan meminum air Sungai Roban dan memakan gula-gula yang dibawanya ketika keluar dari rumah.
Pasukan SAR segera membawa Kamoi menggunakan pengusung ke rumah panjangnya sebelum menyerahkan lelaki terbabit kepada petugas kesihatan Saratok untuk tindakan lanjut.
Kamoi yang menghidap penyakit darah tinggi dan lemah jantung telah keluar dari rumah panjangnya di Rumah Luang dengan berjalan kaki menuju ke pasar Roban kira-kira 8 pagi, 23 Feb, namun tidak pulang ke rumahnya sebelum operasi SAR dilakukan untuk mencarinya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JBPM
#petugas kesihatan
#pusat gerakan operasi
#lemah jantung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan