awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Norway perkenal ujian darah untuk kesan perubahan otak berkaitan Alzheimer
Negara perlu cepat adaptasi ilmu AI, garis panduan keselamatan - MCCA
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas lemas bot terbalik dipukul ombak di Miri

Bernama
Bernama
10/08/2021
16:04 MYT
Warga emas lemas bot terbalik dipukul ombak di Miri
Md Fauzi berkata mayat Sadan Seman, 87, ditemukan terapung tidak jauh dari lokasi kejadian. - Gambar hiasan
MIRI: Seorang nelayan warga emas ditemukan lemas manakala anaknya berjaya diselamatkan selepas bot yang dinaiki mereka terbalik akibat dipukul ombak besar ketika menangkap ikan kira-kira 11 batu nautika ke barat daya Kuala Miri di sini hari ini.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Miri Md Fauzi Othman berkata mayat Sadan Seman, 87, ditemukan terapung tidak jauh dari lokasi kejadian sementara anaknya Semido, 56, diselamatkan oleh nelayan lain yang tiba di situ kira-kira 12.45 tengah hari tadi.
"Semido berkata kejadian berlaku secara tiba-tiba apabila bot yang dinaiki mereka telah dipukul angin kencang dengan ombak setinggi tiga meter menyebabkan bot itu dimasuki air dan terbalik," katanya dalam kenyataan petang ini.
Menurutnya, kedua-dua mangsa tiba di Jeti Marina Bay di bandar raya ini kira-kira 1.30 tengah hari dan susulan kejadian itu, Md Fauzi meminta nelayan di sini untuk menangguhkan sebarang aktiviti mereka sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan.
"Komuniti maritim dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan terutamanya ketika keadaan laut bergelora dan cuaca tidak menentu.
"Amalkan langkah keselamatan dengan memakai jaket keselamatan dan bawa bersama peranti Personal Locator Beacon (PLB) untuk memudahkan Maritim Malaysia mengenal pasti lokasi sekiranya berlaku kecemasan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#nelayan
#lemas
#bot terbalik
#ombak besar
#kuala miri
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan