awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas maut dalam kebakaran di Kampung Paya Keladi

Bernama
Bernama
18/03/2023
14:35 MYT
Warga emas maut dalam kebakaran di Kampung Paya Keladi
Kejadian dipercayai berlaku pada 5 petang dan mangsa dikenali sebagai Yusof Kindok, 77 tahun. - Foto Twitter BERNAMA
KUANTAN: Seorang lelaki warga emas maut dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah di Kampung Paya Keladi, Kuala Lipis hari ini.
Ketua Polis Daerah Lipis Superintenden Azli Mohd Noor berkata kejadian dipercayai berlaku pada 5 petang dan mangsa dikenali sebagai Yusof Kindok, 77.
"Mangsa yang tinggal seorang diri ditemukan kira-kira lima meter dari rumahnya, dipercayai tidak sempat menyelamatkan diri semasa kebakaran berlaku," menurutnya dalam kenyataan di sini.
Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang Ismail Abdul Ghani berkata kebakaran tersebut menyebabkan rumah yang diperbuat daripada kayu itu musnah sepenuhnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bedah siasat
#warga emas
#bomba
#maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan