awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembinaan kompleks sukan di Kuala Muda bukan projek baharu - Mohammed Taufiq
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Tahun Baharu 2026
Berjaya Assets lantik menantu Vincent Tan sebagai CEO baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas maut dihempap dahan pokok

Junaidi Ladjana
Junaidi Ladjana
20/04/2021
13:22 MYT
Warga emas maut dihempap dahan pokok
Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan di lokasi kejadian dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. - Foto ihsan JBPM
PENAMPANG: Seorang lelaki warga emas maut selepas dipercayai dihempap dahan pokok ketika melakukan kerja-kerja pembersihan kebun miliknya di Rugading Kibambangan, dekat sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa berusia 69 tahun dikatakan bersama anaknya sedang memotong dahan di kawasan berkenaan sebelum dihempap pokok.
Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, kejadian berlaku ketika mangsa sedang menebang dahan kayu.
Katanya, sebatang kayu tiba-tiba dahan kayu terjatuh sebelum terkena kepala mangsa menyebabkannya menjerit kesakitan dan meminta tolong.
"Anak mangsa kemudian segera menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan.
“Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang yang menerima panggilan kecemasan terus bergegas ke lokasi kejadian untuk memberi bantuan kecemasan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Mohd Haris berkata, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika cuba dibawa keluar daripada kebun berkenaan.
"Siasatan awal juga mendapati mangsa sudah berada di kebun itu selama seminggu," katanya.
Sementara itu, jurucakap JBPM Sabah, berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 10.46 pagi dan seterusnya pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang digerakkan ke lokasi kejadian dengan jarak 13 kilometer dari balai bomba.
Katanya, operasi diketuai Pegawai Bomba Tinggi I, Jamaludin Husin dengan kekuatan tiga anggota serta sebuah jentera kecemasan Emergency Medical Rescue Services (EMRS).
"Pasukan EMRS melakukan rawatan awal dan mangsa di bawa ke lokasi selamat dengan menggunakan 'stretcher' sebelum diserahkan kepada pihak perubatan untuk rawatan susulan," katanya.
Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan di lokasi kejadian dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
"Operasi tamat pada jam 2.35 petang tadi," katanya.
Topic Berkaitan
#dihempap pokok
#warga emas
#dahan pokok
#Rugading Kibambangan
#Polis Daerah Penampang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan