awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UCL: Mo Salah ketuai pesta jaringan Liverpool di Anfield
LVG catat hasil tambahan RM817 juta pada 2025
Polis tahan 30 lelaki pendatang asing di Nilai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas maut dihempap traktor

Nazialita Geynna Maharan
Nazialita Geynna Maharan
19/04/2017
15:17 MYT
Warga emas maut dihempap traktor
Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan sebelum diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya. Gambar hiasan
Seorang warga emas menemui ajal setelah sebuah traktor jatuh menghempapnya di sebuah tapak pelupusan sisa pepejal di Jalan Ipoh-Lumut, pada Rabu.
Dalam kejadian sekitar 6 petang itu, sebuah traktor yang terlibat dalam kerja penolakan tanah telah jatuh ke dalam gaung sedalam 50 kaki dan menimpa mangsa.
Berikutan kejadian itu, mangsa yang berusia 69 tahun itu maut di tempat kejadian.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Ehsan Ibrahim berkata, pihaknya terpaksa menggunakan kenderaan utiliti khas jenis Hilux untuk ke lokasi mangsa sebaik menerima panggilan kecemasan pada 6.24 petang.
"Kami terpaksa menggunakan kenderaan khas untuk ke kawasan tersebut kerana ia hanya boleh dilalui oleh kenderaan ringan sahaja, bersama dengan pasukan perubatan.
"Setibanya kami di sana, didapati mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam dari bahagian bawah traktor dan dinaikkan ke atas tebing," katanya kepada pemberita.
Jelasnya, mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan sebelum diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya.
"Operasi mengambil masa lebih daripada sejam dan tamat sepenuhnya pada 7.44 malam," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh
#Ipoh
#Jalan Ipoh-Lumut
#Mohd Ehsan Ibrahim
#tapak pelupusan sisa pepejal
#traktor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan