awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas maut dilanggar, tercampak dalam gaung

Sinar Harian
Sinar Harian
02/09/2024
21:30 MYT
Warga emas maut dilanggar, tercampak dalam gaung
Seorang warga emas maut selepas tercampak ke dalam gaung dipercayai dilanggar oleh sebuah trak pikap ketika berdiri di luar keretanya di Tanah Merah semalam. - Foto Sinar Harian
TANAH MERAH: Seorang warga emas maut selepas tercampak ke dalam gaung dipercayai dilanggar oleh sebuah trak pikap ketika berdiri di luar keretanya yang sedang berhenti di bahu jalan di Lebuhraya Timur-Barat, Kampung Batu Hitam di sini pada Isnin.
Lelaki yang berusia 60 tahun itu maut di lokasi kejadian manakala tiga lagi mangsa yang merupakan penumpang kereta jenis Proton Saga itu dikejarkan ke Hospital Tanah Merah bagi mendapatkan rawatan.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintenden Mohd Haki Hasbullah berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian terbabit pada jam 2.30 petang yang memaklumkan kejadian melibatkan dua buah kenderaan.
"Hasil siasatan awal mendapati kejadian terbabit berlaku sewaktu trak pikap jenis Nissan Navara dari arah Jeli menghala ke Machang telah hilang kawalan dan terbabas masuk ke laluan bertentangan.
"Lalu melanggar warga emas terbabit yang berdiri di luar pintu bahagian pemandu kereta berkenaan," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, kereta tersebut sedang berhenti di bahu jalan dan akibat pelanggaran itu mangsa telah tercampak ke dalam gaung bersama dengan trak pikap serta maut di tempat kejadian.
Ujarnya, pemandu trak pikap tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Mohd Haki memberitahu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian terbabit diminta tampil membantu siasatan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#tercampak dalam gaung
#Tanah Merah
#Lebuhraya Timur-Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan