awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ejen Persekutuan AS tembak mati lelaki warga tempatan di Minneapolis, cetus protes baharu
JDT menang tipis ke atas PDRM, buat perhitungan dengan Melaka di suku akhir
Permintaan gas di Iran meningkat ke tahap rekod tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas maut dipercayai dipanah petir

Bernama
Bernama
01/04/2021
20:03 MYT
Warga emas maut dipercayai dipanah petir
Seorang warga emas ditemui meninggal dunia dengan kesan luka di bahagian kiri kepala dan kesan terbakar pada rambut, dipercayai disambar petir di kebun buah-buahan miliknya di Kampung Kuala Jengai di sini petang Khamis. -Gambar hiasan
DUNGUN: Seorang warga emas ditemui meninggal dunia dengan kesan luka di bahagian kiri kepala dan kesan terbakar pada rambut, dipercayai disambar petir di kebun buah-buahan miliknya di Kampung Kuala Jengai di sini petang Khamis.
Ketua Polis Daerah Dungun Supt Baharudin Abdullah berkata, mangsa Abd Wahab Talib, 63, ditemui di bawah tempat berteduh yang ditutup dengan atap zink, dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh anak perempuannya Nur Eliesya Bathrieysya kira-kira pukul 4 petang Khamis.
"Sebelum kejadian mangsa dikatakan telah keluar ke kebun miliknya selepas solat Zohor dan kira-kira pukul 4 petang, anak perempuan mangsa berasa tidak sedap hati sebelum pergi mencari mangsa di kebun.
"Nur Eliesya yang melihat bapanya tidak sedarkan diri cuba mengejutkan bapanya, namun tidak mendapat sebarang tindak balas dan dipercayai telah meninggal dunia," katanya ketika dihubungi pemberita, di sini, pada Khamis.
Baharudin berkata hasil siasatan di lokasi kejadian tidak menemui sebarang kesan kebakaran dan tiada unsur jenayah.
Tambah beliau lagi mayat mangsa dibawa ke Hospital Dungun untuk bedah siasat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga emas
#maut
#dipanah petir
#Kampung Kuala Jengai
#Polis Daerah Dungun
#Abd Wahab Talib
#Nur Eliesya Bathrieysya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan