awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Alpha teruja jayakan 'Assalamualaikum Terengganu'
PM Anwar dukacita insiden pegeboman masjid di Islamabad
Tiga kluster tibi di Kelantan babit sembilan kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas maut dipercayai ditikam anak kandung

Bernama
Bernama
18/10/2013
00:59 MYT
Warga emas maut dipercayai ditikam anak kandung
Seorang warga emas maut dipercayai ditikam oleh anak kandungnya yang merupakan seorang penagih dadah, dalam kejadian di Flat Sri Melaka, Cheras, pada hari Khamis.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh berkata dalam kejadian pukul 3.30 pagi itu, suspek lelaki berusia 39 tahun itu dikatakan menikam badan mangsa sebanyak tiga kali di dapur rumah mereka sebelum ditahan jiran yang terdengar jeritan warga emas itu.
Mohan Singh berkata mangsa yang berusia 74 tahun itu dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira 8.30 pagi.
"Pihak polis belum mengenal pasti motif kejadian namun kami percaya ia berlaku ketika suspek berada di bawah pengaruh dadah," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).
Beliau berkata polis merampas sebilah pisau dan parang yang disyaki digunakan dalam kejadian itu dan suspek kini ditahan untuk disoal siasat.
Mohan Singh meminta sesiapa yang mempunyai maklumat supaya tampil ke balai polis untuk membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#Cheras
#Mohan Singh Tara Singh
#penagih dadah
#Sri Melaka
#tikam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan