awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FMM saran daya saing kos yang lebih baik untuk sokong pertumbuhan pembuatan
Pendidikan sivik penting bendung tabiat membuang sampah - Lee Lam Thye
Ronaldo mahu terus beraksi sehingga capai 1,000 gol
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas maut kereta bertembung lori bawa sisa buangan

Angelina Sinyang
Angelina Sinyang
06/02/2020
09:49 MYT
Warga emas maut kereta bertembung lori bawa sisa buangan
Anggota bomba menjalankan operasi mengeluarkan lelaki warga emas yang maut dalam kemalangan tersebut. - Foto ihsan JBPM
Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori membawa muatan sisa buangan hospital di Jalan Kedap di sini pada pagi Khamis.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata mangsa, Jonathan Tingang Empeni, 71, yang memandu kereta jenis Proton Saga disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Sebaik sahaja menerima laporan tentang kemalangan pada jam 8.30 pagi, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok telah digerakkan ke lokasi kejadian.
“Tiba di tempat kejadian, mangsa didapati dalam keadaan tersepit di tempat duduk pemandu,” katanya dalam kenyataan di sini.
Beliau berkata, operasi mengeluarkan mangsa segera dilakukan tetapi mangsa didapati sudah meninggal dunia.
Katanya, mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Topic Berkaitan
#BBP Saratok
#Jalan Kedap
#Jonathan Tingang Empeni
#kemalangan maut
#kereta bertembung lori
#lori bawa sisa buangan
#sisa buangan hospital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan