awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang

Bernama
Bernama
25/04/2024
05:44 MYT
Warga emas maut langgar penghadang besi  di Gua Musang
Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah. - Foto PDRM
GUA MUSANG: Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar di sini, malam semalam.
Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata dalam kejadian kira-kira 11 malam itu, Omar Hassan, 85 , yang memandu kereta Proton Saga sedang dalam perjalanan dari arah Bentong, Pahang menghala ke Gua Musang.
"Mangsa maut disebabkan pendarahan banyak susulan kecederaan di bahagian paru-paru. Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk dibedah siasat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Gua Musang di 099121222 atau pegawai penyiasat di talian 013-3010408 bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga emas maut
#terlanggar penghadang besi
#Gua Musang
#Proton Saga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan