awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila agama 'berbicara' tentang pendermaan jasad
Ikon Bahasa Melayu Negara Lim San Shien dilantik YDP Debat Statistik Negara 2025
Banjir di Kuching: Jumlah mangsa menurun, PPS meningkat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas maut motosikal hilang kawalan langgar MPV

Sinar Harian
Sinar Harian
12/02/2024
08:16 MYT
Warga emas maut motosikal hilang kawalan langgar MPV
Keadaan motosikal milik lelaki warga emas yang maut selepas melanggar sisi sebelah kanan MPV) di Jalan Kampung Kelewek, Batu Gajah, Tanah Merah pada Isnin.
TANAH MERAH: Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal yang ditungganginya dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar sisi sebelah kanan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Kampung Kelewek, Batu Gajah dekat sini pada Isnin.
Kejadian pada jam 7.40 pagi itu telah menyebabkan mangsa berusia 72 tahun maut di lokasi akibat kecederaan parah.
Timbalan Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Mohd Razi Rosli berkata, siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan masuk ke laluan bertentangan.
"Mangsa kemudian telah melanggar sisi sebelah kanan MPV lalu menyebabkan mangsa terjatuh ke atas jalan raya," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian terbabit boleh menghubungi pihak polis di 09-9556222. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#MPV
#Jalan Kampung Kelewek
#Batu Gajah
#warga emas
#motosikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan