awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas maut motosikal rempuh kereta

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
04/01/2023
09:22 MYT
Warga emas maut motosikal rempuh kereta
Mangsa, Rogayah Abdul Hamid, 64, berasal dari Kampung Jelutong Kuala Ketil maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala. - Foto ihsan PDRM
BALING: Seorang wanita warga emas maut dalam kemalangan selepas motosikal yang ditunggangi merempuh sebuah kereta di hadapan Klinik Kesihatan Daerah Kupang, di sini pada Rabu.
Mangsa, Rogayah Abdul Hamid, 64, berasal dari Kampung Jelutong Kuala Ketil maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat, berkata dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, mangsa yang menunggang bersendirian datang dari arah arah Baling menghala ke simpang tiga Landak.
“Sebaik tiba di tempat kejadian sebuah kereta jenis Honda BRV yang dipandu seorang wanita berusia 28 tahun dikatakan telah keluar dari simpang hadapan klinik kesihatan Kupang menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak lalu merempuh bahagian hadapan sebelah kanan kereta terbabit.
“Akibat daripada perlanggaran itu mangsa melambung dan jatuh di laluan bertentangan dan meninggal dunia di tempat kejadian," jelasnya.
Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim untuk dibedah siasat.
Shamsudin berkata, siasatan awal polis mendapati kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuaian pemandu kereta keluar simpang secara melulu tanpa melihat kiri dan kanan jalan.
Katanya, siasatan juga mendapati cukai jalan kereta terbabit juga telah tamat tempoh.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Topic Berkaitan
#wanita warga emas
#kemalangan
#motosikal
#Rogayah Abdul Hamid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan