awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas maut selepas bakar diri

Aida Aziz
Aida Aziz
19/04/2022
05:26 MYT
Warga emas maut selepas bakar diri
Mangsa berusia 74 tahun itu disahkan maut oleh Pegawai Perubatan Hospital yang hadir di lokasi kejadian. - Foto JBPM
IPOH: Seorang lelaki warga emas maut setelah dipercayai bertindak membakar dirinya sendiri menggunakan minyak petrol berdekatan kawasan Sekolah Kebangsaan Pakatan Jaya, Persiaran Bercham Timur, di sini hari ini. 
 Mangsa berusia 74 tahun itu disahkan maut oleh Pegawai Perubatan Hospital yang hadir di lokasi kejadian. 
 Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.44 pagi. 

"Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambun bergegas ke lokasi dan mendapati seorang lelaki warga emas telah menyiram minyak petrol ke seluruh badannya serta membakar diri di luar kawasan sekolah tersebut," katanya dalam kenyataan pada Selasa. 
 Ujarnya, anggota bomba kemudiannya menggunakan satu aliran 'hose reel' bersumberkan air dari tangki jentera, sehingga kebakaran itu berjaya dipadamkan. 
 Operasi yang diketuai oleh PBK I Shaharuddin Abdul Ghani itu tamat sepenuhnya pada jam 11.15 pagi.
Topic Berkaitan
#siram petrol
#bakar diri
#warga emas maut
#JBPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan