awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas meninggal dunia selepas rebah ketika menonton Pahang lawan Kedah

Noraniza Kamsani
Noraniza Kamsani
18/03/2018
05:30 MYT
Warga emas meninggal dunia selepas rebah ketika menonton Pahang lawan Kedah
Polis menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 10 malam memaklumkan seorang lelaki tiba-tiba pengsan. - Foto ihsan pembaca Astro AWANI
Seorang lelaki warga emas tiba-tiba rebah sebelum tidak sedarkan diri ketika perlawanan Piala FA antara Pahang menentang Kedah, malam tadi.
Mangsa, Azmi Mat, 63 tahun, berasal dari Sri Damai, Kuantan tidak sedarkan diri ketika skuad Pahang sedang mendahului Kedah 1-0 dalam perlawanan di Stadium Darul Makmur di sini.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Mohd Noor Yusof Ali berkata, polis menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 10 malam memaklumkan seorang lelaki tiba-tiba pengsan.
"Mangsa dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 11.08 malam oleh pegawai perubatan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, hari ini.
Beliau berkata, pemeriksaan lanjut ke atas mangsa didapati tiada sebarang unsur jenayah dan mayat warga emas itu dibawa ke Unit Forensik HTAA untuk bedah siasat.
"Mangsa juga mempunyai rekod rawatan jantung dan kejadian sudah dimaklumkan kepada ahli keluarganya. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.
Topic Berkaitan
#Azmi Mat
#Hospital Tengku Ampuan Afzan
#HTAA
#Kedah
#Ketua Polis Daerah Kuantan
#Kuantan
#masalah jantung
#Mohd Noor Yusof Ali
#Pahang
#penonton
#Piala FA
#rebah
#Sri Damai
#Stadium Darul Makmur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan