Penantian seorang lelaki warga emas orang kurang upaya (OKU) untuk mendapatkan MyKad bakal tercapai apabila Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Perak memberi khidmat bantuan Unit Mobile Ehsan JPN ke rumahnya hari ini.
Ismail Sokri, 68, yang masih memegang kad pengenalan plastik berkata sekumpulan kakitangan jabatan itu datang ke rumahnya bagi memperbaharui kad pengenalan lama yang dimilikinya selepas tidak mampu ke JPN kerana lumpuh.
"Alhamdulillah, hasrat pak cik nak tukar kad pengenalan lama kepada MyKad akhirnya dipermudahkan dengan kedatangan mereka (kakitangan JPN) ke rumah," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Selabak di sini.
Ismail sebelum itu dikunjungi beberapa kakitangan JPN dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jong Datuk Mohd Azhar Jamaluddin.
Ismail yang lumpuh dari pinggang ke kaki setelah ditimpa kayu kira-kira 43 tahun lepas dan kini dijaga kakaknya Maijun, 74, berkata beberapa urusan rasmi termasuk permohonan bantuan kadang kala sukar kerana ketiadaan MyKad.
Bagi Maijun, kali terakhir adiknya membuat kad pengenalan adalah pada tahun 1961, semasa berusia 12 tahun.
Sementara itu, Pengarah JPN Perak Zulazlan Abu Hassan berkata pihaknya mendapat maklumat mengenai Ismail daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
"Bayaran dan denda kita kecualikan dan kita akan membawa permohonan MyKad beliau ke JPN Putrajaya dan dijangka siap dalam tempoh sebulan," katanya dan menambah kes seperti ini jarang berlaku kecuali di kawasan-kawasan pedalaman.
Mohd Azhar pula berkata langkah turun padang JPN ke setiap daerah di Perak dan menawarkan perkhidmatan kepada masyarakat merupakan langkah ke hadapan dalam menyelesaikan masalah berkaitan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 07 2017
Hasrat Ismail Sokri, tukar kad pengenalan bakal tercapai apabila Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Perak menawarkan khidmat bantuan. - Gambar fail.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Warga emas OKU akhirnya dapat tukar MyKad pada usia 68 tahun
Hasrat seorang warga emas orang kurang upaya (OKU) tukar kad pengenalan bakal tercapai, dengan bantuan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Perak.