NATIONAL
Warga emas OKU maut, anak dan cucu cedera dalam kebakaran

Anggota bomba memeriksa keadaan rumah yang terlibat dalam kebakaran di Taman Emas Murni, Marang. - Foto JBPM
MARANG: Seorang warga emas maut manakala tiga lagi ahli keluarganya cedera selepas kediaman yang didiami mereka musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.
Kebakaran di Taman Emas Murni, Marang kira-kira jam 4.13 pagi itu menyebabkan kediaman yang didiami mangsa bersama anak dan dua cucunya musnah 60 peratus.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Marang, Timbalan Penguasa Bomba Che Badrul Isham Che Mohd Noor berkata, insiden itu menyebabkan mangsa Razaidah Muhamad, 78, yang juga orang kurang upaya (OKU) mental, maut di tempat kejadian selepas terperangkap dalam bilik tidur.
Katanya, Halimatun Mad Zin, 49, bersama dua anaknya berusia 23 dan 18 tahun, yang juga OKU mental, berjaya menyelamatkan diri sebelum ketibaan pihak bomba."Sejurus menerima panggilan seramai seramai 17 pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Mangsa ditemui terperangkap di dalam bilik tidur dan melecur sekitar 20 hingga 30 peratus," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Beliau berkata punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami