GEORGE TOWN: Warga emas di Pulau Pinang boleh menerima vaksin COVID-19 secara 'walk-in' atau jumpa terus di empat pusat pemberian vaksin (PPV) yang dikenal pasti mulai 2 Ogos depan, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.
Chow berkata keputusan itu dibuat menerusi mesyuarat Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 peringkat negeri semalam.
"Golongan warga emas sama ada yang telah berdaftar menerusi aplikasi MySejahtera atau sebaliknya dan belum memperoleh sebarang janji temu boleh 'walk-in' bermula 2 Ogos ini di PPV Dewan Millenium (Daerah Seberang Perai Utara); PPV SP Arena (Daerah Seberang Perai Tengah) dan PPV Dewan Serbaguna Jawi (Daerah Seberang Perai Selatan).
"Di bahagian pulau pula, sebuah lagi PPV mega iaitu di SPICE Convention Centre (SPICE CC) akan beroperasi bermula 1 Ogos dengan kapasiti 5,000 dos suntikan sehari dan PPV ini juga akan menerima warga emas secara walk-in untuk divaksinasi mulai 3 Ogos, khas kepada mereka yang menetap di Daerah Timur Laut dan Daerah Barat Daya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata mereka yang merancang untuk mendapatkan vaksin secara jumpa terus perlu membawa dokumen diri khususnya kad pengenalan bagi proses pendaftaran serta imunisasi.
Menurut Chow setakat semalam, Pulau Pinang telah mencapai 51.1 peratus kadar suntikan dos vaksin pertama.
"Kerajaan Negeri berjanji akan melipatgandakan lagi usaha ini bagi memastikan kita mencapai sasaran keseluruhan populasi dewasa negeri ini memperoleh sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin lebih awal daripada sasaran iaitu pada awal September depan," katanya.
Sementara itu, Chow berkata kerajaan negeri juga akan terus mengambil pendekatan 3T iaitu saringan, pengesanan kontak dan rawatan sebagai usaha memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di negeri ini.
"Apa yang kita lihat kini termasuk rekod catatan kes tertinggi semalam merupakan hasil saringan massa yang dilaksanakan bukan hanya oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP), malah juga daripada Program Penang Saring COVID Percuma dan inisiatif sendiri pihak industri khususnya," katanya.
Chow berkata sehingga 12 tengah hari semalam, terdapat 51 kluster aktif dilaporkan iaitu 40 daripada sektor perkilangan, tempat kerja (7), institusi pendidikan (2) dan tapak bina (2).
"Berlandaskan laporan daripada JKNPP, sebanyak 155 buah kilang telah diarahkan tutup bagi tempoh Januari hingga 26 Julai tahun ini, berbanding 17 buah kilang pada tahun lepas," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 29 2021
Warga emas di Pulau Pinang boleh menerima vaksin COVID-19 secara 'walk-in' atau jumpa terus di empat pusat pemberian vaksin (PPV) yang dikenal pasti mulai 2 Ogos depan. - Gambar fail/BERNAMA
Pasaran getah Malaysia ditutup rendah bagi tiga hari berturut-turut
Pada 5 petang, harga rujukan MRB bagi SMR 20 fizikal berada pada 765 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 735 sen sekilogram.
AWANI Ringkas: Harga benih padi | Hilang kad pengenalan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen yang bertambah baik
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.34 mata atau 0.28 peratus kepada 1,544.76 daripada paras penutup 1,540.42 pada Rabu.
Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7840/7870 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7910/7950 pada Rabu.
AWANI 7:45 [18/04/2024] – Empat letusan sehari | Setuju secara dasar | Misi ke Gaza | Kutipan cecah lebih RM1 juta
- Gunung Ruang meletus, Indonesia keluar amaran tertinggi, MetMalaysia pantau
- Kerajaan setuju peruntukan pembangkang, PN tengok syarat dulu
- Gaza Kami Datang, 19 aktivitis Malaysia berlepas ke Istanbul
- Sheriff ucap terima kasih, tayangan awal kutip RM1juta
- Kerajaan setuju peruntukan pembangkang, PN tengok syarat dulu
- Gaza Kami Datang, 19 aktivitis Malaysia berlepas ke Istanbul
- Sheriff ucap terima kasih, tayangan awal kutip RM1juta
Pemandu teksi cedera disamun empat penjenayah menyamar sebagai penumpang
Teksi jenis Proton Iswara milik mangsa berusia 72 tahun itu, turut dilarikan kumpulan penyamun tersebut, selain dompet dan barangan peribadi lain.
Industri permainan video Malaysia dijangka catat hasil AS$649 juta tahun ini
Pencapaian dalam bidang ini memerlukan usaha bersepadu daripada semua pihak berkepentingan, dalam dan luar negara.
Menara Merdeka 118 terima pensijilan LEED Platinum
PNBMV berkata pensijilan LEED mengiktiraf pematuhan projek itu selari dengan kriteria yang digariskan dalam sistem penarafan LEED.
Pengurus kargo cederakan isteri dan anak, jalani hukuman penjara dua tahun
Hakim mengeluarkan waran penahanan terhadap Sritharan yang dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu rayuannya, untuk dibawa ke penjara.
Kutipan awal filem Sheriff: Narko Integriti cecah lebih RM1 juta
Syafiq yang dilabel sebagai ‘Raja Plot Twist’ oleh penggemar filem di Malaysia pastinya tidak akan menghampakan penonton dengan jalan cerita yang penuh teka-teki.
Pemandu teksi cedera disamun empat penjenayah menyamar sebagai penumpang
Teksi jenis Proton Iswara milik mangsa berusia 72 tahun itu, turut dilarikan kumpulan penyamun tersebut, selain dompet dan barangan peribadi lain.
Lelaki warga emas maut terjatuh dari tingkat 13 rumah pangsa
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan polis sedang menunggu laporan bedah siasat berhubung kes tersebut.
Warga emas jatuh motosikal maut digilis treler
Mangsa yang berusia 73 tahun itu dipercayai digilis di bahagian kepala serta badan dan tersepit di bawah lori di bahagian tayar hadapan.
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
'Saya dah biasa raya seorang'
Sejak kematian ibunya lebih 10 tahun lalu, sudah menjadi kebiasaan buat seorang lelaki warga emas di Kampung Sekolah, Lenggeng di sini untuk menyambut Aidilfitri seorang diri.
Warga emas hilang selepas keluar rumah belum dijumpai
Seorang lelaki warga emas yang dikhuatiri hilang sejak keluar dari rumahnya kira-kira 8 pagi semalam, masih belum dijumpai.
Polis tahan dua wanita keldai akaun libatkan kerugian lebih RM70,000
Polis menahan dua wanita termasuk seorang warga emas dipercayai menjadi keldai akaun kepada dua sindiket penipuan sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM74,978.80, semalam.
Lebih banyak syarikat swasta, NGO perlu kerjasama dengan anjur program kebajikan - Nancy
Lebih banyak syarikat swasta dan NGO tempatan perlu tampil untuk bekerjasama dalam menggerakkan program kebajikan di bawah Yayasan Kebajikan Negara.
Warga emas maut kereta rempuh pagar rumah
Seorang wanita warga emas maut apabila kenderaan yang dipandunya merempuh pagar rumah dan sebuah kereta lain pada petang Ahad.
Kemalangan dalam perjalanan belajar agama, seorang lagi warga emas meninggal dunia
Kemalangan dalam perjalanan belajar agama, seorang lagi warga emas meninggal dunia